Lambat hamil
Assalamualaikum & good day. To mom & mom to be. Sy mom to be menunggu hari je ni. Ada tak sesiapa yg lambat hamil? Sy 4 tahun ttc baru hamil. Selepas melalui bermacam prosuder hospital. Sepanjang kahwin banyak makan hati dgn suami & family mertua. Mak mertua sy tak pernah mention pasal cucu. Tapi bila saya hamil barulah dia betul2 concern pada saya. Baru saya perasan yg selama ni punca sy lambat hamil la dia buat layan tak layan sy. Mcm bukan menantu. Suami pun sama. Bila tahu mengandung dia banyak sabar & beralah. Cuma sekali haritu bertikam lidah suami tinggal kan sy di KK tanpa duit. Ubat di KK pun hutang masa tu. sepanjang perkahwinan Suami curang beberapa kali dgn alasan sbb kami kerap gaduh. Sebelum2 ni suami kerap ingin bercerai. Tak pernah suarakan dpn sy. Tp dia ada ws mak mertua & mak mertua selalu sokong dia. Selalu dtg rumah kami kononnya nak bagi moral support pada suami. Bodohnya saya bila kaki tengah gaduh diorang keluar makan/shopping. Sy call suami/mak mertua/adik ipar tak pernah berangkat. Sy sabar je. Tp mcm mane ye kalau suami yg kene mcm tu? Apa yg sy risaukan. Jika bayi ni lahir & perangai suami tak pernah berubah. Tetap Selfish ? Entahlah. Mungkin sy banyak fikir. Maaf yg baca sampai habis.