Belum 'bersama'

Assalammualaikum semua. Saya telah bernikah pada pertengahan Disember 2019. Hingga kini kami masih 'belum bersama' secara sempurna. Pernah cuba 2 kali tapi gagal. Pertama gagal kerana suami pancut awal diluar, percubaan kali kedua gagal kerana kedua2 belum bersedia hinggakan saya tidak rasa rangsangan dan tidak 'basah'. Soalan saya: Boleh Tolong bantu saya mengenai masalah ini? Adakah saya masih dara? Memandangkan kedua2 percubaan tiada darah/tembusan ke dalam Faraj. Perkara ni mengganggu emosi saya dan saya amat sedih dengan masalah ini. Mohon jasa baik untuk bantu masalah saya. Terima kasih. May Allah bless u, readers.

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi awak. Saya rasa dia bukan takde nafsu nak ajak awak bersama. Maybe dia takut awak sakit lagi teruk jadi dia pun takut nak ajak awak bersama. Sebab awak sendiri cakap dia klimaks awal memula tu kan. Rilex, banyakkan ringan2 sampai turn on, baru cuba balik. Awal tu mmg sakit tapi lama2 okay je sebab dah ada laluan. Moga dipermudahkan😇

Baca lagi