Belum 'bersama'

Assalammualaikum semua. Saya telah bernikah pada pertengahan Disember 2019. Hingga kini kami masih 'belum bersama' secara sempurna. Pernah cuba 2 kali tapi gagal. Pertama gagal kerana suami pancut awal diluar, percubaan kali kedua gagal kerana kedua2 belum bersedia hinggakan saya tidak rasa rangsangan dan tidak 'basah'. Soalan saya: Boleh Tolong bantu saya mengenai masalah ini? Adakah saya masih dara? Memandangkan kedua2 percubaan tiada darah/tembusan ke dalam Faraj. Perkara ni mengganggu emosi saya dan saya amat sedih dengan masalah ini. Mohon jasa baik untuk bantu masalah saya. Terima kasih. May Allah bless u, readers.

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya awal perkahwinan juga begitu . Bulan 9 saya kahwin , bulan 9- awal 10 memang tiada darah yang keluar (melainkan period) . Saya malu , suami pula risau saya sakit saat itu . Tapi lama lama kelamaan menjadi lebih selesa . Suami beli pelincir Durex 2in1 , lepastu baru agak selesa dan suami dapat masukkan sepenuhnya , ketika itu juga dara baru pecah . Sebelum guna pelincir saya agak meraung kesakitan . Bulan 11 ditakdirkan oleh Allah SWT , saya hamil . Sekarang saya dah pregnant 4 bulan . Bagi saya , sama sama perlu memainkan peranan penting . Kena warmup dulu , lelaki cepat klimaks berbanding wanita . Macam saya 1-2 juga , suami mula mula dulu 5 minit je . Sekarang alhamdulillah suami dah mampu bertahan hingga 40 minit . Soal rezeki anak jangan lah risau . Allah SWT akan hadirkan tepat pada masanya . Inshaa Allah .

Baca lagi
6y ago

Allahu. Itu la, Suami risau saya sakit. Dpt masuk takat kepala je.. Bila masuk takat itu saja, sy bersyukur. Sy harap kelak kami akan menjalani hubungan kelamin normal seperti biasa. Kadang saya risau sbb 'tak menjadi'. Sy takut ada silap/kelemahan dari saya hingga jadi mcm tu. Sebarang tips/sharing dari sis sy ucapkan jutaan terima kasih. Tahniah atas rezeki yang diperoleh. 😊😊