Susu badan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Nak tnya mommies2 disini. Ada tak mommies2 yg hanya mampu breastfeed newborn x sampai 3bulan? Saya sgt sedih sbb saya dah cuba urutan, milk booster, susu suam, jaga pemakanan dan sebagainya. Badan sy tidak mampu utk memberikan susu bdn yg secukupnya utk anak kecil sy. Kini terpaksa top up susu formula apabila susu badan tidak cukup. Sy sedih kerana target utk menyusu breastfeed sepenuhnya tidak tercapai. Kadang-kala terasa sedih dgn diri ini sebab tidak dpt hendak memberi yg trbaik buat si kecil ini. Suami nampak kecewa tapi redha dan tawakal pd Allah. Mungkin itu sebaik-baik perancanganNya. Hati tetap sedih.

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Awak stress tu.. Kena tenangkan diri dulu ok. 1. Kerap susukan anak. Sy suka bg wlupun anak tak mintak. 2. Kalau pump make sure smpi betul2 kosong 3. Buat jadual mengepam. 2@3 jam sekali 4. Byk minum air suam@air masak 5. Cari milk booster yg serasi. Cth ada org serasi minum longan tp kita x.. Tetiba 1 day lps mkn sate, susu jadi byk. So rupanya milk booster kita ialah rempah ratus. Plus kita mkn dgn happy. Emosi pun main peranan ye. 6. Buat power pumping 7. Bila anak kerap nak susu, jgn fikir susu kita tak cukup, anak tak kenyang sebab asyik nak menyusu. Tu mmg fitrah baby ye. Very clingy dgn maknya. Kena igt, more demand more supply. 8. Jgn berlapar. Alas perut setiap kali lps menyusu @ mengepam 9. Jgn bg breast bengkak baru nak susukan baby dgn harapan susu byk. Tu sgt salah. Susu boleh jadi lg drop. 10. Masa menyusu tenangkan diri, bersandar dlm keadaan yg paling selesa, blank kan otak. Just keep telling ur mind "susu byk.. Susu byk" Relax k mommy. Good luck 😘

Baca lagi