Buka buku pink

Assalam smua tadi saya call kk amik appointment nak buka buku pink. Nurse tu suruh dtng 3/4 isnin nnt. Saya tanya bawa ape je dia kata ic and gambar scan je. Betul ke? Sbab ade dngar yg bawa sijil nikah la , electric bill la ape la..

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ikut tempat. lain kk lain prosedur. kalau nurse suruh bawa 2 tu je, bawa tu jela sis. saya haritu kena bawa salinan ic suami isteri, salinan sijil nikah & bil air / electric rumah. bil tu bukan apa, dia nak confirm kan alamat kita je utk lawatan ke rumah. kdg kan ada setengah tipu alamat. sijil nikah tu selain nak tgk date, nanti dia rekod utk suami teman dlm lr. so takyah bawak dah kemudian.

Baca lagi

Mnggu lepas sy bru buka buku pink dkt kk utk ank no 2... Misi ad jugk ws sruh sy bwk ic , buku pink dn salinan sijil nikah.. Tp masa daftar tu misi x ad pulak mintak salinan sijil nikah.. Just pakai buku pink je sb semua dah ad kt situ.. Klau awk first mom... Awk bwk je ic dn gambar scan jika ad.. Dn salinan sijil nikah.. Okey

Baca lagi
TapFluencer

kalau tempat saya dia mintak salinan ic suami isteri, salinan sijil nikah. tu je la. lain tempat lain prosedurnya. kalau kk suh bawak tu je, maka tu jelaa. kdg da bagi salinan ic suami isteri pun still tanya nama dan ic suami kat kita 🤭 mungkin untuk kesenangan nak daftar kat hospital nanti.

Wassalam..bergantung atas Kk tu puan.. sebenarnya bil tu apa semua sbb nak comfirmkan alamat.. kdg² alamat dlm ic dgn alamat tempat kita duduk skrg xsama.. tu je.. biasanya bw ic ngan sijil nikah je.. lain² xperlu sgt.. puan blh standby bil kalau alamat puan berbeza dgn alamat ic ya

saya standby ic, sijil nikah, bil API elektrik sbbnya stay dgn mertua dkt Seri Kembangan sekarang. rumah sendiri di cyberjaya, sudahnya masa buka buku pink langsung tak minta pape 🤣 skrg dh masuk 3rd trimester mmg sampai ke sudah xde mnta

ikut je apa yg nurse awak minta kalau dh tanya ,sbb lain kk lain² ada je yg nk bill letrik .Saya nurse just mintak sijil nikah shj ..dan dia ckp kalau ada gbr scan bawak takda pun takpa .so sy tk bawak pun yg tu .

sijil nikah untuk tengok tarikh kahwin je, bil utiliti untuk confirmkan alamat. bawak je prepare. sy bukak buku haritu bawak ic dengan sijil kahwin je. lain kk, lain prosedur kot.

1y ago

ic laki tu sebab nak tulis nama dengan nombor ic suami kat depan buku pink.

Ikot tempat KK sis, mcm saya tak payah bawak apa pun😅 sebab ikot IC husband terus je jalan.. padahal mcm2 dah saya bawak time mcm owg kata2 tu, last2 tade pun mintak copy apa2..

Kalau kk saya minta salinan dan ori sijil nikah, salinan dan ic suami isteri & gambar scan. Tapi sbb sebelum tu saya dah scan dekat kk tu jadi saya tak bawak gambar scan.

Lain Kk lain dokumen yg dimintak. Tapi kalo nurse dah kate mcm tu, bwk je ape dorang suruh. Kalau tak, prepare je la bil elektrik ngn sijil nikah.