Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan

✌🏻 Anda boleh ajukan soalan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ooi Kai Yun, Consultant in Clinical Oncology, Director of Icon Women’s Cancer Program πŸ“° Topik: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan πŸ—“οΈ Tarikh: 18 Oktober 2024 | 5PM - 6PM Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! β›” *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. πŸ“Œ Sila elakkan daripada berkongsi butiran peribadi atau sejarah perubatan, ini bukan sesi konsultasi rasmi.

Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan
16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Soalan saya untuk ibu menyusu. Saya sedikit keliru di antara benjolan yg tak normal dgn tisu dlm payudara yg membengkak sebab payudara penuh susu. Bagaimana nak bezakan ya?

1y ago

Hi Bengkak susu biasanya menyebabkan bengkak dua-dua payudara secara simetri. Biasanya, akan ada rasa ketat, keras dan sakit. Keadaan ini biasa akan hilang lepas beberapa hari. Manakala, benjolan yang tidak normal biasa akan kekal ataupun membesar. Puan perlu jumpa doktor kalau benjolan kekal atau hanya parasan benjolan satu belah sahaja. Dr Ooi Kai Yun