Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Dr, bagaimana nak naikkan selera baby umur 8 bulan?

5y ago

Hi puan. Ada kalanya baby tak suka makan bukan disebabkan tidak ada selera. Sesetengah bayi mengalami kesukaran untuk menelan makanan pepejal. Segelintir pula mempunyai deria rasa yang terlalu peka dan tidak suka makanan yang mempunyai rasa pahit contohnya sayur-sayuran. Ada juga yang bosan dengan makanan yang sama rasa setiap hari! Untuk bayi puan, cuba memperkenalkan lebih banyak jenis makanan, pastikan anak tidak minum susu 1-2 jam sebelum sajian utama dan yang paling penting, jangan paksa anak untuk makan.