Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya nak tanya...bagaimana caranya memperbanyak air susu badan...

5y ago

Hi puan. Penghasilan susu badan berdasarkan prinsip "supply and demand". Ini bermaksud, lebih kerap puan menyusu, lagi banyak penghasilan susu. Puan juga minum air dengan banyak, makan makanan yang seimbang, menyusu atau pam susu sekurang-kurangnya sekali dari pukul 12 malam hingga 5 pagi. Puan juga boleh cuba pam susu selepas selesai menyusu anak. Makanan penambah susu contohnya kurma, halba, pegaga, badam, lobak putih dan barli juga boleh membantu.