Anak korang 2 tahun dah stop terus ke minum susu?

Anak saya akan masuk 2 tahun bulan ni. Terfikir nak stop susu formula tapi dia jenis susah jugak nak makan(lagi2 skg ni sy balik duduk kg). Camne ek.. patut teruskan je ke fm?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mungkin susu formula tu yang menghambat pemakanan anak. Sebab susu formula kandungan gula tinggi. Anak umur setahun, dah boleh bagi dia minum fresh milk, lebih baik daripada susu formula. Apatah lagi masuk umur 1 tahun, susu bukan lagi sumber nutrisi utama, tapi pemakanan jadi sumber nutrisi utama. Awak jangan patah semangat ya, boleh cuba lagi bagi macam2 makanan dengan pelbagai tekstur untuk anak. Boleh teruskan bagi susu fresh milk sampai besar, cuma susu tu jadikan minuman sampingan je. Tapi kalau boleh jangan guna botol susu, guna botol straw ataupun cawan minum biasa. Untuk permulaan, boleh kurangkan minum susu dulu ya, fokus pada pemakanan dulu. Kalau sebelum ni 4 kali sehari minum susu, kurangkan jadi 2 kali sehari dulu. Tapi lebih baik susu formula tu tukar dengan fresh milk. Pelan2 alternate susu formula & fresh milk, lama2 stop terus susu formula. Kena ingat, makanan lebih utama, sangat penting untuk tumbesaran anak. You can do it mommy! Semoga dipermudahkan urusan mommy & anak akan berselera makan nanti 🥰

Baca lagi
2w ago

biasa saya akan bagi susu lepas dia makan. 3 kali sehari semua lepas mealtime. mungkin pasni kena kurangkan kepada 2 kali je sehari. tq sis☺️

sy pon anak 4y baru stop susu formula sbb anak jenis xnak makan..ni sbb dah ngandung lg jd sy kena fokus dri sendiri..slow ii ajak anak makan tanpa bg dia susu..sbb dah besar dia pon faham arahan kalau x makan lapar jd dalam sebulan je dia dah boleh makan banyak dia sorg kalau bertambah dalam 2 senduk nasi.kena lauk dia mmg dia makan banyak..pagi air choc untuk sarapan malam sebelum tido dia minum full cream kotak tu je alhamdulillah senang je..kita mak ii ni kena kuat sikit lah tapi bg sy kalau sis suri rumah macam sy bg je anak susu formula tu tapi ajar juga dia makanan yg boleh buat kenyang lama macam roti dan kentang ..insyaallah mudah..anak sy ni suka sup kalau letak carrot mmg selera sangat cuma sy xsempat nak buat alahan sangat dengan bau sup tu🤣

Baca lagi

sbb susu tu sis dia xnk mkn , ank Sy full DF 2thn , tp MSA 1y8m bgi susu kotak , dia minum dlm kotak cuma xnk mkn sngt , Sy tnya nurse dorg sru stop bgi susu , skng Sy ddk kg mak Sy kt Sabah ank Sy kuat mkn cuma bdn xmau naik sngt 9kg je 2thn 87cm, nurse sini Bebel sru bgi susu tp Sy x bgi klau bgi ank xnk mkn , sdngkn ank mkn elok real food kerap pun iya bnyk juga cuma mmng x mau naik bdnnya

Baca lagi

Anak saya 3 tahun, underweight dan ada masalah oral sensory, so saya teruskan formula milk. Paediatrician suruh minum susu high calories macam Ascenda ngan Pediasure. Kalau anak tak underweight pun pada pendapat saya, masih boleh bagi susu formula tapi tak payah bagi kerap sangat. Susu formula berkhasiat, top up apa2 kekurangan dari segi pemakanan.

Baca lagi

Lepas umur setahun je dah boleh minum susu lain pula. Susu kotak bole, air mineral pula ke. Tp botol susu bole stop bg dala, ajar anak minum pkai cawan or botol air

anak sy stop direct bf umur 2 tahun. pastu baru start susu formula sbb berat susah naik 😅minum pediasure sbb nk bantu tambah berat & tinggi.

Anak saya 2 tahun lebih.. Kurang makan jugak, sy stop susu fm.. Alhamdulillah dri susah naik berat.. Skrg dh naik banyak dh... 😂

2w ago

rasa positive lepas baca reply sis☺️susu pun saya biasa bagi lepas makan. tak pernah bagi susu sebelum waktu makan. Mungkin pasni kena kurang dari 3 kali ke 2 kali je sehari

try slow2 dlu tgk penerimaan anak mcm mne. jgn stop mengejut kesian kt anak. anak sye 4y masih mnum susu fm shari 3kali.

Boleh je teruskn sis, xde mslah nak bgi susu lama wlaupun nti anak dah ok mkn. Lg2 skg anak ssh lg nak mkn kn.

Anak sy stop masa umur 2tahun 8bulan. Dia sendiri yg tknak .asyik mintak air sirap dgn air oren pulak😅