Anak korang 2 tahun dah stop terus ke minum susu?

Anak saya akan masuk 2 tahun bulan ni. Terfikir nak stop susu formula tapi dia jenis susah jugak nak makan(lagi2 skg ni sy balik duduk kg). Camne ek.. patut teruskan je ke fm?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mungkin susu formula tu yang menghambat pemakanan anak. Sebab susu formula kandungan gula tinggi. Anak umur setahun, dah boleh bagi dia minum fresh milk, lebih baik daripada susu formula. Apatah lagi masuk umur 1 tahun, susu bukan lagi sumber nutrisi utama, tapi pemakanan jadi sumber nutrisi utama. Awak jangan patah semangat ya, boleh cuba lagi bagi macam2 makanan dengan pelbagai tekstur untuk anak. Boleh teruskan bagi susu fresh milk sampai besar, cuma susu tu jadikan minuman sampingan je. Tapi kalau boleh jangan guna botol susu, guna botol straw ataupun cawan minum biasa. Untuk permulaan, boleh kurangkan minum susu dulu ya, fokus pada pemakanan dulu. Kalau sebelum ni 4 kali sehari minum susu, kurangkan jadi 2 kali sehari dulu. Tapi lebih baik susu formula tu tukar dengan fresh milk. Pelan2 alternate susu formula & fresh milk, lama2 stop terus susu formula. Kena ingat, makanan lebih utama, sangat penting untuk tumbesaran anak. You can do it mommy! Semoga dipermudahkan urusan mommy & anak akan berselera makan nanti 🥰

Baca lagi
3w ago

biasa saya akan bagi susu lepas dia makan. 3 kali sehari semua lepas mealtime. mungkin pasni kena kurangkan kepada 2 kali je sehari. tq sis☺️