Minta Pendapat/tips
Anak lelaki sulung 1 tahun 9 bln tapi masih belum pandai bercakap.. sebelum ni pernah sebut mama, abah dan mamam..sekarang dh x sebut.. Mungkin disebabkan slalu tgok gadget semenjak adeknya lahir. Sekarang sy dh x bagi tengok phone dan selalu ajar ulang cakap dengan dia. Namun, tiada perubahan. Masa bermain susun ring, dia faham dan pandai letak ring. Kalau dia nak sesuatu dia akan ambil tangan kita dan bagi barang tu.. Ada x mama yg sama situasi dgn sy? Boleh bagi tips bagaimana ajar anak cepat bercakap..

Anak sy pun umur sama sis 1 tahun 9 bulan Tapi bebel bahasa dorang la Tapi Kalau suruh semua benda dia buat dia faham la even kita cakap pegi bilik air Mandi dia terus pegi haha xpe la slow2 Doktor ckp Kalau smpai 3 tahun xley ckp kena jmpa Doktor la
sama umur anak sy..pun x pndai ckp 1pktaan bmakna pun ..umur dia 1y4m da kena jumpa terapi sampai skrg ..tp masih sama ja..tp dia mbebel guna bahasa dia la..harap2 xda apa la anak2 kita kan ... Aamiin...
samalahh, anak saya tahun depan masuk 2tahun. Baru belajar pekataan dap(sedap) jee, Yang lain mama, papa, nak, tuu jee dia reti 😂. Dekat rumah dia sorg jee takada kawan, banyakkan bagi gadget sebab mama dia nak buat kerje senang sikit..
https://my.theasianparent.com/cara-mengajar-anak-cepat-bercakap/?utm_source=search&utm_medium=app Banyakkan bercakap dan buat eye contact dengan anak..kita nampak macam dia tak dengar tapi sebenarnya dia dengar dan lama2 dia akan tiru kita
Anak lelaki sy 2 tahun 7 bulan pun belom petah berckp sis..tp sy da bwak die jumpe pakar pertuturan..lps ni lg 6 bulan repeat jumpe doktor lg..risau jugak nie
sis cuba selalu bercakap n bercerita dgn dia cth cerita kat anak tentang aktiviti harian kita ke yg penting ade benda nak sembang ngan anak. sy doakan semua anak2 kita sihat selalu n dipermudahkan urusan kita semua. amin..
Anak sy pun sama umur dgn anak sis . ckap tak pandai sgt bebel ada . tp skrg kucing burung smua dia kenal Abc dia dah boleh juga .. sllu bercakap dgn dia kalau abc tu pun sllu nyanyi lama2 nnti dia akn ikut
sama mcm ank syla,umur 1thun 9bln jgk.dia fhm semua arahan tp bila sebut perkataan tu guna bahasa alien dia la.tp sesekali ada jgk keluar perkataan yg dia nk luahkn tp xpetah sngat berckp mcm kakak dia dlu.
Selalu berbual dengan dia. Tak kesah borak pasal apa pun. Lama2 dia akan faham. Tp mungkin ambil masa. Bergantung pada perkembangan setiap anak
Nak lebih selamat.. Boleh pergi jumpa doktor ya.. Tapi biasanya umur macam ni kalau boleh terima dan dengar arahan okay lagi.. Pantau dulu anak sis.. Kena banyakkan ilmu tentang speech delay ye..