Minta Pendapat/tips

Anak lelaki sulung 1 tahun 9 bln tapi masih belum pandai bercakap.. sebelum ni pernah sebut mama, abah dan mamam..sekarang dh x sebut.. Mungkin disebabkan slalu tgok gadget semenjak adeknya lahir. Sekarang sy dh x bagi tengok phone dan selalu ajar ulang cakap dengan dia. Namun, tiada perubahan. Masa bermain susun ring, dia faham dan pandai letak ring. Kalau dia nak sesuatu dia akan ambil tangan kita dan bagi barang tu.. Ada x mama yg sama situasi dgn sy? Boleh bagi tips bagaimana ajar anak cepat bercakap..

52 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

anak saya semuanya mcm mulut murai. maybe saya selalu sembang dengan dia sejak dia baby baru keluar. even dia still baby, saya sembang.. nyanyi etc. bila dh makin besar, 2 bulan ke kita dah boleh ajar dia buat peace, babai etc. dan jangan biasakan cakap pelat dengan diaorang. cakap je mcm biasa. ulang banyak kali. bila anak saya dh umur setahun, biasakan dia makan solid food. gigi kan dah ada. so, bg lah makanan yg sesuai dengan umur dia. mcm nasi bersup dengan ayam racik2 etc. kalau dah ada gigi, mmg kena bagi solid food. bukannya makanan yg diblend lagi. penting untuk kuatkan otot2 rahang dia. bila otot rahang dah kuat maka senang lah dia nak guna otot rahang itu untuk bercakap. uh , please ya. jangan bagi hisap puting kosong. bila mulut dia selalu je dengan puting kosong, masa mana lah dia nak bercakap. mulut selalu penuh kan. anak2 saya xde yang hisap puting kosong tu. apa yg penting, kena luangkan masa. kita kena layan dia bersembang. tanya soalan, ulang2 cakap, kalau dia nak air contohnya. dia heret kita ke dapur, tunjuk air.. kan? so kita tanya dia banyak kali. nak apa? ooo nak air.. sebut aaaaiirrr.. aaaiiirr.. biar dia ikut kita sebut. jangan dia tarik, tunjuk nak itu. kita terus bagi je. harap membantu 😊

Baca lagi
3mo ago

ank sy 1y3m byk words dia bole sebut. skrg da 2y2m pandai ckp gabung ayat pandai nyanyi. puting still isap elok je berckp. lain ank lain perangai.fon tv tk buka lansung. dia berckp akan buka puting sbb da ajar. bila suruh buka dia buka. puting tu bukan masalah anak tknk berckp kite sbg mak ni yg kena byk ajar anak apa bole apa tk bole.

sebaya anak saya. anak saya pun suka tgk phone tapi saya had kan. klu ayah dia mmg akan bg tgk phone especially klu anak start tantrum/mengamuk2. bagi saya x elok. sebab tu klu dgn saya mmg saya akan usahakan buat bnd lain cth klu ke kedai makan saya akan main2 dgn dia, melukis sama2. Alhamdulillah anak saya dah pandai cakap 4 patah perkataan cth “ ibu, atiyyah nak p situ”, “atiyyah kenyang minum air” dan sbg nya. wpun anak saya suka tgk phone tapi kami x bg awal. mula setahun 3 bulan baru ada bg anak tgk phone, sblm tu mmg x pernah. dan lg satu tips mcm ibu2 lain ckp, biasakan berbual dgn anak. wpun anak x respon. saya mula berbual sejak anak bayi lagi. explain apa kita tgh buat wpun anak bru baby lg. dan bg buat aktiviti bersama, dgr lagu smbil menari. aktiviti blh latih anak utk fokus.

Baca lagi

Alhamdulillah... anak dah masuk 1tahun9bulan petah bercakap Anak sy perempuan ...kadg2 faham apa dia ckp kadg2 kita blur hahaha... Alhamdulillah... lagi satu orang tua2 ckp kalau lambat jln mulutnya ringan .. cpt jln lambat sikit ckp... tapi kita boleh selalu Kene bercakap dgn dia ... jangan bagi tengok cocomelon sgt bagi tengok Upin Ipin or Omar Hana ... insyallah nanti dia flow the citer kadg2 siap tiru ... skrg ni dia pandai ckp kalau berebut barang dia ckp aku punya barang aduh ... dari kecik sepatutnya ajak bersembang... cth mama ,papa, opah atok dan sbg... Alhamdulilah...

Baca lagi

Anak saya baru masuk 1t9b. First word dia ‘daddy’ 🤣🤣 tu pon masa dia cakap masa baru masuk setahun. Skrg ni a few jgk word dia boleh cakap ‘dog’ ‘cat’ ‘three’ ‘blue’ ‘red’ ‘bird’ Tp nak cakap dua patah tu blom lagi. Saya bagi dia tgk ms. rachel dan Bing. Dia Klau tgk ms. rachel mmg menyanyi dan ikut gaya sekali. Saya bagi dia tgk Bing sbb dlm kartun tu dia sebut perkataan sepatah2 dan bercakap dgn sopan. So anak seronok tgk. Tp all the screen session cuma tv je. Nak tgk phone bila ada dgn saya dan bapak dia je.

Baca lagi
VIP Member

Biasa bercakap dgn dia balik sis, jangan bagi dah tgok phone lebihkan buka didi anda friend, Omar Hana, Upin Ipin di tv yang menyanyi dan kita ajak dia ikut skli menyanyi tu biasa kan macam tu ..... Nanti bila dia dh boleh ikut baru ajar dia untuk minta nak makan, air, mandi dan sebagai nya ajar slow2 bagi faham 😊😊

Baca lagi
2mo ago

betul2 hampir semua lagu didi dia pndai nyanyi comel btul. kita kne join skli.

Anak kita sama umur. Pandai sebut “tu, wah, iyahh”. Kadang sebut “tatak”. Kalu saya sebut cat dia buat bunyi “meow”. Sebut mama abah tak pandai lagi. Ajak mandi, buang sampah, letak baju dalam bakul, ambik barang dia faham dan buat. Phone bagi bila kat makan kat kedai je, tv je bukak selalu kalu tak dia kacau saya buat kerja rumah.

Baca lagi
1mo ago

Ank sy boleh sebut A-Z, 1-10.. Tips - kasi dia tgk Nursery rhymes. Kdg2 nyanyi Sama2.

Cakap dengan anak guna bahasa yang betul, jangan guna bahasa pelat, cakap yang simple simple, jom makan, jom mandi, mama nak masak, minum susu, jom tidur, kena sentiasa borak. Kalau nak tgk tv boleh buka mr rachel and tengok sama sama dan cakap. Jangan banyak campur dengan carton lain. Main mainan sama sama baca kan buku simple simple.

Baca lagi
2mo ago

betul bby mudah terikut

Boleh join kelas Aishah kassim. 1 tips dari dia. Jangan suruh anak ikut sebut apa kita sebut. Sebab klu ank tak fhm dan tak ingt vocab tu dia takkan sebut. Start semula bercakap dgn gesture. Topup apa yg kurang. Ni cadangan sy yee. Klu ada terkurang atau silap boleh perbetulkan. Btw anak kita sebaya. 1y9m

Baca lagi
7mo ago

anak sy pun xpandai bercakap lg,bercakap bahasa alien je la..

sama dgn ank Sya 1 tahun 9bulan,belum pndai bercakap..mama ayah dia bole sebut LA,,selalu membebel ckp bahasa alien dia,gadget Sya bagi juga tapi tengok keadaan LA..kdg dia pndai boring sndiri tengok gadget,dia cari LA mainan lain..klu Sya free siap kerja semua,Sya bawa dia main2 sambil borak dgn dia..

Baca lagi

So far anak dah mula kenal anggota badan, 1-10 dah okay, dah mula fhm arahan.. boleh try bercerita dgn anak.. sy tiap malam sebelum tidur mesti tnya apa yg dia buat seharian nie dgn pengasuhnya.. bila dia bercerita bhsa ailen kita try pusing cerita guna bahasa betul nnti lama2 dia okay..