Macam mana nk pulihkan tenaga selepas bersalin

Anak bukan newborn dah, dia dah masuk 5 bulan. Saya dan suami kerja. Cuma saya kerja pagi dia kerja petang jadi kami gilir2 jaga dan urus anak. Masalah saya ialah energy saya drop teruk sejak masuk kerja. Balik kerja saya urus anak, saya tidur sekejap dan saya urus rumah pulak. Basuh botol, kemas dapur, mandikan dan tidurkan anak. Sampai malam nak tidur baru saya siap bersilat di rumah. Suami balik kerja dia hanya makan dan main game. Hari-hari. Jadi saya takde pembantu untuk urus rumah. Bila suami ajak bersama saya selalu bagi alasan saya penat dan takde nafsu. Dia marah dia cakap "bukannya saya suruh pun awak urus rumah." Betul tapi saya sakit mata tengok sinki penuh, bakul baju kotor penuh, rumah bersepah.. tu yang saya buat juga.. lagipun bukan kerja berat.. saya buat slow-slow.. selain tu saya juga bawa balik kerja ke rumah. Saya kerja cikgu jadi agak normal bawa balik kerja ke rumah cuma tak banyak la kerja tu.. biasa-biasa je.. sebelum bertolak ke tempat kerja saya bangun sebelum subuh sediakan makanan untuk suami supaya dia tak kelaparan bila jaga anak kami.. ok je sebab saya pun makan juga.. Adakah sebab saya tak pantang ikut tradisional? Saya tgk kat tiktok badan jadi kurang bernafsu dan kurang bertenaga sebab tak amalkan herba masa pantang. Saya memang tak amalkan sebab sepanjang 44 hari pantang anak saya kuning. Kalau dah jadi macam tu macam mana nak pulihkan semula ye? Saya makan nasi berlauk macam biasa je. Kalau junkfood seminggu sekali je. Saya juga makan supplement pregnancy and breastfeeding blackmores tu. Terima kasih sudi beri pendapat dan cadangan.

10 Balas

U penat mental & fizikal ni sis. I pantang modern & husband is very helpful buat keje rumah since ada masanya dia night shift. But i balik kerja 6pm sampai rumah dia terus basuh botol2 anak yg bawa ke pengasuh sebelum dia bertolak g kerja 7.30pm. My husband bukan la perfectionist ada la juga dia messy tp tidak la dia tinggalkan sinki penuh & baju bertimbun tak basuh. So having a husband liddis i selalu onz je bila dia nak cos i tak penat. In fact i pun rajin mintak

Laki saya pun kerja 12hrs plus OT cuti sehari seminggu. Balik kerja terus lena tp tak tidur mati la dia tetap bangun on time tak pernah langgar waktu solat. Tp dia jenis dah matang kot bab kerja rumah sama2 buat cos saya kerja. Or sebab dia serik tobat pun ya jugak sebab saya pernah meroyan bila dia tak bantu. Lama2 dia auto terbiasa urus rumah dgn energetic nya haha saya tak perlu suruh pape balik keje tengok baju2 dah sidai lipat semua & kdg dia masak jgk saya balik keje terus mkn. Mil & sil semua x sangka dia boleh berubah padahal bujang dulu hampehhhh tak pernah sekali pun masak mil ckp 🤣

TapFluencer

Nyah u cakap kerja u tak banyak? Banyak sisss. Awk rasa tak kerja berat tp badan takleh dah tu terima. Ingat senang ke uruskan anak dan jaga rumah? Masak lagi. Bangun sebelum subuh. Bukan pasal pantang tak betul ni pasal penbahagian kerja suami isteri yg tak betul sis. Bincang ye. Kalau dia ckp bukan dia suruh kemas apa kata awk biar je baju tak basuh sampai dia tak ada seluar kecik nak pakai. Pandai la nanti dia basuh.

Saya pantang tradisional pun penat sis 🥹🥹🥹 tapi saya biasa tidur bersama baby.. balik kerja saya menyusu lepastu saya tido la selama mana dia tido 😎 kalau dia bangun saya tidokan balik then saya buat kerja rumah Lepastu saya bagitau laki "awak, saya tak sempat la jemur kain.. tolong eaa" Kadang2 saya sengaja je cakap gitu 😂😂 walaupun saya kesian dia penat dia kerja long hours tak macam saya..

Bab bernafsu ka tak tu puncanya lebih kepada penat mental n fizikal… Bab tenaga tu mungkin sis bekerja then balik rumah jaga anak urus hal2 dirumah settlekan kerja2 yang sis bawa balik… cara sis cerita macam memang sis tak cukup rehat… Mental n fizikal sis terbeban… Mungkin kena slow2 settle slowtalk dengan suami tentang situasi sis…

nie bkn sbb x pantg btol2 nie sis.. memg workload awak byk.. klu awak pantg btol2 pn tbaring je 24 jam, tetap lah akan penat ble tgk jdual awak skg nie.. sye rse awak kne ubah sikit jdual kejerumah awak.. klu suami bley tlg settle kn hal cuci bju pun da ok.. msk tu klu larat msk, x larat bli je.. make sure awak ade rehat jgak sambil2 tu..

Betul tu 🥹 penattt kalau buat semua plusss isteri pun kerja 😫😫😫 kalau kerja yg tak memerlukan kepakaran sangat boleh la serah kat laki haha contohnya cuci pinggan mangkuk and jemur kain 🥹🥹

TapFluencer

You physically exhausted and mentally tired. Anak newborn memang need attention buat badan kita penat. Pergi spa sis, full body massage at least once a month. Urut boleh kurangkan penat badan and relaxing juga selain makan supplement. Minum susu, mother needs calcium too.

sis boleh slow talk dengan suami. minta tolong suami bantu buat keje rumah juga. kalau tak memang akan berlanjutan la sis yg urus semua. cari satu masa untuk me time. pergi berurut. sis boleh juga makan jamu untuk tenaga.

sy even husb membantu pon sy still rase penat 😅 bile ank da sethn lebih, da pndai tantrum ni mmg menguji kesabaran btol 😅 first baby so perlukan jgk suggestion ade x supplement yg bole membantu tmbh tenaga mak2 hahaa

slow talk dgn suami. mntk suami tlng basuh bju semua. anak bru 5bulan takdek la lasak sgt 😅. boleh je smbil jaga tu husband tlng apa2 yg patut dkt rumah tu

sis kena slowtalk dengan suami. pergi holiday kat mana². cari mood balik. cari me time.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan