Missed Miscarriage

Alhamdulillah. Telah selesai semuanya pada 14.3.2020. Saya positif mengandung pada bulan Januari 2020. Kegembiraan hanya sementara. Rupanya kandungan saya tidak menjadi seperti yang diimpikan. Pada akhir Februari saya disahkan missed Miscarriage. Setelah berminggu menunggu, akhirnya 14.3.2020 saya menjalani pembedahan cuci rahim. Semoga ada rezeki untuk saya dan kepada semua yang menunggu rezeki anak di masa hadapan. Doakan untuk saya ya rakan2 Asian parents.

Missed Miscarriage
16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Aamiin..ada rezeki lain selepas ni..yg penting jaga diri dulu skrg ni..pantang dan rehatkan bdn..sy dulu gugur kali pertama,dh sthn br pregnant blk..tp xde rezeki lg..tp lps gugur kali kedua,sekali je dtg period terus lekat..alhamdulillah dh 2thn 4bln umur ank sy skrg ni..