Part 1 (Perkongsian Sesama Kita)

Alhamdulillah 29/04/2018 saya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati. 22/02/2019 pertama kalinya saya positive hamil. Menangis time tengok upt naik double line. Cek masa tuh dah petang. Plannya nk terus ke klinik malam itu juga. Sebelum ke klinik bledding sikit diikuti rasa segugut yang teruk sangat sakit. Sedikit panik tapi saya anggap spotting je. Dah scan bagai dokter kata rahim kosong tak nampak apapun. Terus sebak. Cek sekali lagi upt di klinik naik double line juga. Jadi doc minta balik and datang lagi seminggu. Mungkin kecik sangat so tak nampak kata doc. Saya bleeding sehingga 25/02/2019. Walaupun tak banyak mana but still bleeding. So saya kembali ke klinik sebab tak tahan rasa sakit. Doc terus cucuk bagi ubat tahan sakit. 26/02/2019 malam tuh rasa sakit tak terkata. Menangis2 usap bahagian ari2 sebab sakit sangat. Rasa memang something wrong. Tak boleh tunggu terus ke klinik semula. Malam tuh sekali lagi doc scan saya. And doc sahkan saya hamil luar rahim. Doc kata dah 5 weeks. Malam tuh juga saya terus ke hospital masuk bahagian kecemasan. Yang peliknya sampai sahaja di bahagian kecemasan sikit pun tak rasa sakit. Bila doc minta baring dan sebagainya layan kita macam sakit sungguh rasa pelik ?. Dari bahagian kecemasan saya pun ditolak ke bahagian O&G. Urusan saya dari malam sehinggalah ke pagi baru selesai. 2 kali kne scan dari bawah. Pagi tuh patut dah masuk ward tapi ward penuh langsung tak ada katil kosong. Kepala dah berat satu malam tak tidur. Sampaikan sarapan pagi duduk makan diruang menunggu. Tunggu punya tunggu lewat petang saya pun dapat katil. Tapi cuma katil sementara nak masuk ward betul. Besoknya saya pun pindah ward. Dapat satu bilik 3 org. Dapat pula katil hujung kat tepi tingkap ? Bersambung...

Part 1 (Perkongsian Sesama Kita)
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis spital mana ni?Allah dugaan nya..

5y ago

Sy di hospital sungai buloh