Famira profile icon
PlatinumPlatinum

Famira, Malaysia

Kontributor

About Famira

Mom of Ahmad Ayaaz Absyar Bin Ahmad Taufiq

My Orders
Posts(52)
Replies(655)
Articles(0)

Ahmad Ayaaz Absyar Bin Ahmad Taufiq

Tiada yang mampu diucapkan dengan kata2. Rasa syukur yang amat sangat dipanjatkan kepada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Terima kasih anak, kerana memberi mama dan ayah 1 pengalaman yang sangat berharga dalam hidup ini. Mengajar kami erti sabar, mengajar kami untuk tidak putus asa dan terus berjuang, mengajar kami untuk terus kuat dalam menempuh ujian yang hadir, mengajar kami bahawa setiap duka pasti ada suka, mengajar kami bahawa Allah tidak akan memberi ujian pada seseorang melebihi kemampuannya. Panjangnya perjalanan mama dan ayah untuk memiliki kamu anak. Untuk mendapatkan kamu bukan perkara yang mudah. Selepas ectopic, setelah tiada lg tiub sebelah kiri, mama susah nak lekat. Mama buat rawatan, 2 kali cycle baru lekat kamu dengan hanya tiub sebelah kanan sahaja. Lekat sahaja kamu, mama memang rehat secukupnya sebab risau jika terjadi apa2 pada kamu. Sayangnya ayah pada kita berdua mengambil alih segala kerja rumah dan jaga mama dengan baik sehingga mama tak turun katil. Ayah bawakan makanan ke katil untuk mama makan. Tiap kali check up ayah sentiasa ada dengan kita kerana tidak mahu terlepas satupun. Namun mama dan ayah diuji ketika kamu 18 weeks. Doc sahkan air ketuban mama kurang. Hari tuh jugak mama terus refer hospital. Namun setelah 3 kali check up doc pakar mnta gugurkan segera. Mama ayah masih tetap dengan pendirian kami untuk terus simpan kamu anak. Pelbagai usaha kami lakukan untuk selamatkan kamu. Kami tak kisah dengan wang ringgit yang dikeluarkan sehingga habis simpanan kami, tidak kisah dengan penat lelah kami kesana kesini check up kamu. Sesekali mama tewas juga, mama nangis. Namun ayah slalu kuatkan mama balik dan cakap dengan mama jangan mudah mengalah. Kamu tengah tunggu kami. Alhamdulillah kamu memang tertulis untuk kami anak. Kamu rezeki yang Allah kurniakan pada kami. Walaupun satu persatu ujian semasa pregnant kan kamu, namun mama sentiasa kuatkan semangat untuk kamu. Biarpun mama sakit, hanya untuk kamu. Allah dengar doa mama setiap hari inginkan putera sulung, alhamdulillah Allah makbulkan doa mama. Syukur... Lahirnya kamu dengan sangat sehat dan comel. Nama: Ahmad Ayaaz Absyar Bin Ahmad Taufiq Tarikh : 13 Oktober 2020 Masa: 7.49 malam Jantina: Lelaki Berat: 2.79 kilo Jenis bersalin: Normal Tempat Bersalin: Hospital Selayang Terima kasih yang tidak terhingga dari kami suami isteri kepada anda semua yang mengenali kami mahupun tidak kerana sudi mendoakan kandungan kami tanpa jemu dan terus menerus. Moga Allah membalas jasa anda semua.

Read more
Ahmad Ayaaz Absyar Bin Ahmad Taufiq
undefined profile icon
Write a reply
undefined profile icon
Write a reply

Air Ketuban Kurang

Assalamualaikum. Update terbaru dr sy. Siapa yg pernah mengikuti pos sy sblm nie pasti tahu berkenaan kes sy kurang air ketuban detec pd usia kandungan 18 weeks and skrg dah 23 weeks baby masih bertahan. Setelah tiada usaha dan apa2 tindakan dr hospital kerajaan, maka kami suami isteri beralih pd hospital swasta tuk cari tau jika ada sesuatu yg mgkin kami boleh lakukan. Smlm hari yg sgt memenatkan. Hampir seharian berada di luar cuba berjuang dan berusaha yg terbaik untuk kandungan. Siang check up di Hospital Pusrawi. Namun Hospital Pusrawi transfer kami ke Klinik Pakar Wanita di Sungai Buloh mlm tuh kerana mereka lebih pakar lg. Dr jam 8 mlm sehingga 11 lebih bersama doc appointment. Memang dy x ambik pesakit lain. Doc di Klinik Pakar Wanita seorg doc yg sgt cekap dan bagus. Bincang blk dr a sampai z. Dy buka blk semua history dr period, pregnant, dy kaji blk semua satu persatu. Penjelasan dan penerangan yg sgt jelas. Cari jln terbaik sampai jmpe tuk selesaikan masalah. X maen tarik tali. Boleh selamatkan dy kata boleh, kalau memang x boleh dy akan kata tidak. Alhamdulillah selesai buat detail scan mlm td pd usia kandungan 23 weeks. Secara keseluruhan baby memang nmpk ok. Cuma sy memang sakit time scan sbb air ketuban kurang so doc kne tekan perut. Nmpk muka dy, tgn dy, kaki dy semua sgt lgkap detail scan keseluruhan baby sampai ke otak, dalam2 anggota badan semua. Time scan tgn baby pegang kaki tnjuk jari good 😁 lepas tuh nmpk dy minum air. Paling doc gelak, nk scan muka tp dy tnjuk gusi plak nampak sengeh. Lepas selesai detail scan trus bincang mengenai 2 ujian yg doc sarankn. Ambik darah baby tuk cek genatic dan cucuk masuk tmbh air ketuban. Risiko memang ada. Baby meninggal dlm perut, keguguran dan infection pd baby. Tp kalau x buat ujian nie pun kandungan dah memang berisiko. Maka dr kami hanya menunggu, kami bersetuju tuk buat kedua2 ujian ini walaupun ada risiko. Lebih baik buat sesuatu dr hnya berdiam diri. X sangka bila setuju nk buat, doc trus nk buat mlm td jugak sbb masa semakin singkat dan x boleh tggu. Trus kami suami isteri sign segala borang persetujuan termasuk borang risiko yg bakal dihadapi. Dlm keadaan tidak bersedia dr segi mental dan fizikal hanya mampu berdoa yg tbaek agar semua dipermudahkan. Dlm tempoh 2 hari doc mnta pantau jika sy dmm, sakit bahagian perut, leaking air ketuban or ada pendarahan trus ke doc blk. Harap semua ok x de apa2 sy and baby shat. Prosedur mula2 ambik darah. Ambik kat lengan memang x keluar. Ambik kat atas tgn bru byk. Lepas tuh trus cucuk masuk jarum dlm perut tanpa bius. Doc kata x bius sbb jarum lebih halus dr jarum ambik darah tp still sakit lah pedih. Senak ble jarum masuk. Memang panjang lah jarum masuk dlm perut. Bila dgr tanpa bius, ckp dgn baby dlm hati. Semua tuk kamu syg. X pe mama sakit pun, membesarlah dgn shat dan sempurna. Blk rumah memang semua rasa sakit2. Doc mnta rest and jgn buat keje. Doakan yg terbaik tuk kandungan sy. Alhamdulillah sgt, hari2 doa pd Allah nak jantina tuh tuk baby first. Scan memang jantina yg sy nak. Moga ada rezeki kami. Amin.

Read more
undefined profile icon
Write a reply