Family time

Hi, aku surirumah anak 2 orang. Hidup aku alhamdulillah serba cukup. Tapi satu je masalah aku. aku xsuka adik ipar aku stay dengan aku. Dia perempuan and kerja. Aku xsuka sebab sejak dia tinggal dengan kami aku banyak makan hati. Nak pegi mana2 pon nk kena bawak dia. Aku harapkan hari minggu je nak family time ng keluarga aku (suami n anak2) tapi tulaa mana kitaorg pegi dia mesti nk ikut. Pernah dia ngadu kat mak mertua aku yg aku tinggal dia kluar xajak. Padahal kitaorg dh ajk. Tapi dia xnk pegi syg nak buat taik mata. Masa tu pagi nak breakfast kat luar. Kebetulan lepas breakfast aku ajk la suami aku shopping barang dapur. Ehh, boleh cakap aku tinggal dia..lagi 1 dia dh la kuat makan duit xnak hulur..yg ni kadang xnak halal sebaB dia pakai sebat je padahal aku beli guna duit aku kot. Dulu masa ank 1, kalau ak stress sgt siang2 jaga ank, malam mesti aku ajk suami kuar makan or pusing2. Dia pon join. Tapi bila dh ank 2 dengan ekonomi skrang aku dh stop ajk suami makan kt luar waktu malam walau se stress mana pon aku. Sebab aku tgh nak saving duit laki aku. Yelq semua benda nk kena bayar kan. Aku plk xkeja. Aku nak luah kat suami lebih2 xboleh..tu kan adk dia.kan dia cakap ape plk. Kadang kita duk umah da habis berjimat.eh, dia barang dapur pon xpnah beli sakan eh. Pernah dia masak, pastu dia xmakan sbb xsdap dia cakap. Aku pon mkn la sbb sayang makanan punya pasal..ehh, lepastu elok je dia g buang. Dh taw xpandai masak xyah la masak..sakit hati aku..bazir. aku menangis time tu. Dah la kami skrng boleh cakap hidup cukup2 je sampai hujung bulan.xde saving ape. Dia boleh membazir. Tu belum part xtolong langsung time kat umah. Taw bangun tido nak makan. Pastu boleh pinjam duit aku xbayar2 sampai ke sudah. Aku dh la xkeje🥹. Pernah pegi beli barang dapur, masa tu suami n anak aku pegi kedai lain. Dia ikut aku skli. Aku pon ambik la barang2 kan semua..dia pon same. Letak dalam bakul aku..aku positif, mybe dia nak bayar asing kot. Ape nya sampai kat cashier dia cakap tolong bayar dulu, nanti bayar balik.. hmmm, masalahnya sampai sekarang gelap gambar. Ya Allah sumpah aku cakap, busuk nya hati aku. Tiap kali aku solat, tiap kali tu jugak aku doa Allah buangkan penyakit hati busuk aku xkira la kat sapa2 pon.. sampai sekarang masih memendam rasa. Tapi macam xde penyelesaian🥹

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak kna bgtau husband. dulu sy pon byk pendam pasal ipar sy, smpai gaduh dgn husband sendiri.. last bila gaduh terkeluar semuanya pastu suami kata ada benda yg kakak/adik dia buat pon dia xsetuju.. bab adik beradik dia boleh support lg, klu libatkn mil ngan fil tu yg susah.. mcm sy mil sy selalu xbg blk umah mak sy. ada je benda dia nk buat smpai kitorang kna stay umah dia.. sy bgtau jugak husband.. ingat mak awak sorang je ke ada anak.. dia kata kt sy, dia dah bgtau mak dia xnk dengar.. end up dia hntar sy blk sorang dia dok umah mak dia.. anyway, boleh bgtau husband pasal adik dia tu.. privasi dlm rumagh tangga ni penting. org ketiga dlm rumahtgga ni bukan penyondol je, family in laws pon sama. boleh berantakan family kecik kita klu dpt in laws puaka. sil tu keje kan. bgtau suami suruh dia sewa umah sendiri.. ckp je adik dia brp x dah gna duit awak xreti nk byr... nafkah suami bg abis kt tangan org lain pulak mesti suami awk pon xsuka jugak nt..

Baca lagi

Tu rumah awak hak awak …. Kalau awak xnk ckp dgn suami siapa lagi yg boleh tolong awak? Melainkan awak sendiri yg halau adik ipar tu ….Kalau awak nak kan hidup bahagia Bebas tanpa ada adik ipar gila macam tu Awak pergi ws husband ckp A sampai Z apa yg buat awak x suka dgn perangai dia lepastu ckp skli yg awak x suka adik duduk skli dgn awak …. And yg pasal yg ajak kluar skli tu awak sound je terus dia lantak la dia nak mengadu dekat Mak mertua ke sapa mak nenek skli pon dia nak mengadu …. Jgn bgi orang pijak2 awak …..jgn berlembut keras sikit ..

Baca lagi

ckp dgn husband suh adk dia cari bilik sewa @ rumah sewa asing. dh besar panjang pandai la dduk sendri. org yg dh kawen nk ada privacy sendiri. suruh husband tegas, lantakla adik ipar awk tu nk ngadu dgn mil ke ape ke. dh la menumpang xbyr sewa, makan pun main bedal je, nk kluar mana2 kne ajak... ambooiii dia, dia igt dia tu siapa ? eeee gerammmm... selagi husband awk xbertegas n slagi sil awk dduk serumah, slagi tu la awk akan makan hati semua. pleasee sis, stand for your right!

Baca lagi
16h ago

Salam sis, sis kena slowtalk dengan suami. Kena beranikan diri sikit. Lama lama nanti takut lagi bangak makan hati.

yang adik ipar gatal tinggal serumah tu kenapa ya? itu dikira orang luar dgn awak tau tak boleh serumah jika lelaki ..kalau perempuan ok lagi ..tapi itu tak sepatutnya ..suami awak ni jenis tak tegas sbbtu Adik dia semena dgn awak..awak tak salah .hati awak tak busuk ..adik ipar awak tu yg tak sedar diri ...awak sabar ya ..kuatkan diri demi suami dan anak2..awak ada hak bersuara..awak tuan besar dalam rumah tu

Baca lagi
13h ago

adik ipar baik laki @ perempuan, xyh la tinggal serumah. bnyk buruk dr baiknyaaa. kalau dtg bermalam shari dua tu ok la. org yg dh kawen ni nk kan privacy, nk borak hal suami isteri, nk bebas buat apa etc.

yang sis kena ingat, sis isteri bukan adik beradik. Jauh beza darjat dlm rmh tangga. Keddukn sis lagi tinggi. Solutionnya mmg kena bincg dgn husband, sis jgn pendam sorg okay, apa guna ada suami klu sis pendam sorg. Tk elok untuk mental health sis. Sis bincg2 dulu, nnti cari jln sama2 dgn suami ya. Saya doa urusan sis dgn adik ipar sis selasai. Dan saya doa adik ipar sis kluar menyewa luar. Aminnnnn

Baca lagi

Klau sy mmg x slesa jgk tggl ngan org lain slain suami&anak. X kira ler ipar laki ke pmpuan.. klau dduk tumpang shari dua tu ok la.. cara nya sis kena slowtalk ngan suami ckp je trs trang.. adik nya pon dah bsar n bkrja p la mnyewa sndri.. bila kta brumah tgga ni kta nak hdup privacy, ckp ngan husb centu.. sy doakan urusan sis dpermudah kn

Baca lagi

Terus-terang sis, bila kahwin ni kita tak boleh nak diam saja. Itu kediaman sis dan suami, dah kenapa dia nak menyibuk duduk situ pula. Dah kerja pun. Kalau duduk setakat seminggu tu okey lagi.

Ya Allah lame beno dia menumpang.. Dari anak 1 sampai ke 2 ek.. Mcm xde privacy pulak.. Kena bincang elok2 dgn suami, sbb mmg kewajipan dia sediakan tmpt tgl dlm keadaan yg selesa..

bincang dgn suami.. dia je yg boleh nk advice adik dia.. sbb TT tak bincang dgn suami betul2 atas sangkaan 'nk luah kt suami lebih2 xboleh.. tu kan adik dia'

dh boleh dh suruh adik ipar tu kluar sewa rumah/bilik sndri. sian sis, ckp bebaik dngn husband, mnx dia faham.. yg suami wajib bg tmpt tinggal yg selesa pada isteri..