Give up seorang ibu

Aku ibu dua anak.. dimana keduanya rapat jaraknya.. pjj dengan suami.. alhamdulillah dekat dengan adik beradik.. anak aku yang first speech delay umo dua tahun yang kedua masuk 4 bulan.. disebab kan aku ni suri rumah dan nafkah pun cukup makan aku tak mampu nak hantar anak ke kindergarten.. mungkin akan mencetus kecaman orang ramai.. aku dah rasa give up untuk anak first aku.. dengan terrible two dia dan tak nak orang lain buat aku rasa lelah.. rasa macam tak nak berjuang untuk latih dia bercakap.. ya.. kecam la aku kerana tak mampu untuk menjaga jarak antara dua anak ku ini.. macam macam jugak aku fikir memandangkan dia anak sulung dan kurang interaksi dengan orang aku dah tak mampu nak ajar dia sendiri.. biasa la budak yang tak pandai cakap akan tantrum.. dan disebab kan aku kepenatan uruskan keduanya aku rasa aku nak give up untuk latih dia bercakap.. kekadang biasala budak.. bila disuruh tak nak buat dilarang beria nak buat.. tapi bila tido keduanya cari aku.. kalau bapaknya balik pun tak nak ngan bapak dia.. aku punya penat sampai pernah terfikir nak cerai.. entah la...

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Burnt out ni... Luahkan kat adik beradik lah.. Minta tolong adik beradik. Kalau rasa adik beradik tak membantu, jumpa kaunselor. Ada cara nak selesai kan rasa give up tu. Bukannya cerai penyelesaian give up. Ni bukan kecaman. Ni nak bagi kau semangat. Come on... Burnt out ada cara nak atasi kau belum jumpa je cara nak atasi ya... Please.. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain. Go go! Kuatkan semangat OK. 👏👏👏💐

Baca lagi