Sesi Tanya Pakar bersama Dato' Dr. Selvalingam Sothilingam, Pakar Urologi , Sunway Velocity Medical Centre

Adakah pasangan anda mengalami kepedihan ketika membuang air kecil? Atau rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam? Atau mempunyai darah dalam air kencing atau air mani? Tanya segala persoalan berkaitan dengan masalah kesihatan lelaki dan apa itu kanser prostat bersama pakar kami iaitu Dato' Dr. Selvalingam Sothilingam, Pakar Urologi , Sunway Velocity Medical Centre pada 16 Jun 2021, hari Rabu jam 4 petang. Anda juga boleh gunakan 'anonymous' atau 'tanpa nama' untuk merahsiakan identiti anda. *NOTA : Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dato' Dr. Selvalingam Sothilingam, Pakar Urologi , Sunway Velocity Medical Centre
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hai doctor, blh saya tahu, apakah penyakit kanser prostat tu ya?

4y ago

Hi. Prostate adalah organ seks lelaki. Kanser prostate lebih kerap umur 55 keatas dan seringkali disebabkan genetik. Cancer marker adalah melalui ujian darah PSA. jika dikesan awal boleh disembuh dengan pembedahan (operasi untuk keluarkan prostate) atau melaui rawatan radiasi.