Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.

Adakah parents bercadang untuk berpantang sendiri? Atau sedang mengambil kira untuk mengupah Confinement Lady (CL) selama beberapa hari? Atau ada yang masih lagi menggunakan khidmat bidan di kampung untuk berpantang? Mana satu sebenarnya yang lebih selamat? Mana satu pilihan yang patut dibuat? Jom sertai & tanya segala persoalan anda mengenai persiapan berpantang dengan Sesi Tanya Pakar kami bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement pada 27 April 2021, Selasa jam 12 tengah hari di aplikasi theAsianparent Malaysia. *NOTA : Segala persoalan di luar masa & topik mungkin akan dipadam atau tidak akan dijawab oleh pakar kami.

Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

bagaimana berpantang selepas caesar

5y ago

Hi mummy, Amalkan pemakanan khasiat yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, galian (contoh iron), vitamin, fiber. Minum air secukupnya untuk bekalan susu badan secukupnya. Jaga tahap kebersihan yang maksima untuk mengelakkan jangkitan kuman terutamanya pada bahagian luka. Jaga posisi badan seperti ketika turun dari katil dan bangun dari kerusi untuk mengelakkan kecederaan. Kerap berkomunikasi dan kongsi persaan anda dengan ahli keluarga atau kawan sekiranya anda rasa tertekan atau emosi. Anda harus menyusu bayi anda dengan kerap supaya bayi anda boleh sentiasa membuang dan boleh mengelakkan Jaundice. Anda sentiasa boleh meminta sokongan dari ahli keluarga untuk membantu anda ketika berpantang.