Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.

Adakah parents bercadang untuk berpantang sendiri? Atau sedang mengambil kira untuk mengupah Confinement Lady (CL) selama beberapa hari? Atau ada yang masih lagi menggunakan khidmat bidan di kampung untuk berpantang? Mana satu sebenarnya yang lebih selamat? Mana satu pilihan yang patut dibuat? Jom sertai & tanya segala persoalan anda mengenai persiapan berpantang dengan Sesi Tanya Pakar kami bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement pada 27 April 2021, Selasa jam 12 tengah hari di aplikasi theAsianparent Malaysia. *NOTA : Segala persoalan di luar masa & topik mungkin akan dipadam atau tidak akan dijawab oleh pakar kami.

Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

What food i can and cannot eat during confinement?

normal ke kalau bleeding mse awl pregnant ni

Bagaimana suami boleh support saya masa pantang?

First day confinement, boleh x mkn ikan siakap?

5y ago

Dari aspek saintifik, ikan mempunyai sumber protein. Pastikan ikan dimasak dengan cara masak yang betul. Elakkan deep-sea-fish sebab mengandungi merkuri tahap tinggi berbanding dengan ikan yang lain. Walau bagaimanapun, untuk maklumat lebih lanjut, anda dinasihatkan untuk rujuk kepada Pakai Dietetik & Sajian.

Boleh makan ayam tak? Orang cakap tak boleh

5y ago

Ayam merupakan sejenis protein untuk membaiki tisu. Mummy boleh makan ayam kampung kerana lebih bagus daripada ayam biasa dan ayam kampung lebih berkhasiat.

bagaimana berpantang selepas caesar

5y ago

Hi mummy, Amalkan pemakanan khasiat yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, galian (contoh iron), vitamin, fiber. Minum air secukupnya untuk bekalan susu badan secukupnya. Jaga tahap kebersihan yang maksima untuk mengelakkan jangkitan kuman terutamanya pada bahagian luka. Jaga posisi badan seperti ketika turun dari katil dan bangun dari kerusi untuk mengelakkan kecederaan. Kerap berkomunikasi dan kongsi persaan anda dengan ahli keluarga atau kawan sekiranya anda rasa tertekan atau emosi. Anda harus menyusu bayi anda dengan kerap supaya bayi anda boleh sentiasa membuang dan boleh mengelakkan Jaundice. Anda sentiasa boleh meminta sokongan dari ahli keluarga untuk membantu anda ketika berpantang.

berpantang sendiri

VIP Member

tips untuk berpantang sendiri?

5y ago

Amalkan pemakanan khasiat yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, galian (contoh iron), vitamin, fiber. Minum air secukupnya untuk bekalan susu badan secukupnya. Jaga tahap kebersihan yang maksima untuk mengelakkan jangkitan kuman terutamanya pada bahagian luka. Jaga posisi badan seperti ketika turun dari katil dan bangun dari kerusi untuk mengelakkan kecederaan. Kerap berkomunikasi dan kongsi persaan anda dengan ahli keluarga atau kawan sekiranya anda rasa tertekan atau emosi. Anda harus menyusu bayi anda dengan kerap supaya bayi anda boleh sentiasa membuang dan boleh mengelakkan Jaundice. Anda sentiasa boleh meminta sokongan dari ahli keluarga untuk membantu anda ketika berpantang.

VIP Member

bentan tu maksudnya ape

5y ago

bentan tu terjadi kalo kita tak berpantang tak betul, contoh, tak berjamu, tak bertangas, DN bertungku,.. permakanantak terjaga. kita akan rasa sakit urat, dan boleh demam,