Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.

Adakah parents bercadang untuk berpantang sendiri? Atau sedang mengambil kira untuk mengupah Confinement Lady (CL) selama beberapa hari? Atau ada yang masih lagi menggunakan khidmat bidan di kampung untuk berpantang? Mana satu sebenarnya yang lebih selamat? Mana satu pilihan yang patut dibuat? Jom sertai & tanya segala persoalan anda mengenai persiapan berpantang dengan Sesi Tanya Pakar kami bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement pada 27 April 2021, Selasa jam 12 tengah hari di aplikasi theAsianparent Malaysia. *NOTA : Segala persoalan di luar masa & topik mungkin akan dipadam atau tidak akan dijawab oleh pakar kami.

Sesi Tanya Pakar bersama Sr Chan Swee Fong, Bidan & Ketua Jururawat Blossom Spring Confinement.
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya bersalin normal.. kena jahit stage 2..bagaimna nk cepat pulih jahitan tu

4y ago

samalaaaa 2nd degrees tapi sbb ade gaping smpai skrg dah hari ke 28 pon masih x elok. 😢😢

Kalau saya nak upah CL, apa tugasan dia akan buat? Macam mana dia bantu saya nanti?

4y ago

Tugas CL bantu ibu lepas bersalin mengembalikan kesihatan secara physical , kesihatan badan emosi, mental ,jagaan bayi, menyesuian care hidup baru bersama baby. CL akan jaga makanan ibu -masak makanan khasiat -basuh baju ibu& bayi -mandi bayi setiap hari -sedia air herbal untuk mandi ibu. -bantu penyusuan susu ibu. -beri nasihat yang betul , berkesan tentang jaganan bayi . -bantu sedikit kerja rumah

Apakah bezanya, pantang di confinement center masa covid and sebelum covid?

apa makanan yang sesuai untuk berpantang? nanti ogos ini due sudah.

Betul ke ibu berpantang tak boleh kena angin kipas atau aircond?

4y ago

Udara segar adalah bagus untuk ibu. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ibu boleh menggunakan kipas atau pendingin hawa mengikut keselesaan masing-masing dan perlu pastikan suhu tidak terlampau sejuk

Adakah pantang lepas cezar and lepas natural birth sama tak?

What are the best kinds of food to eat during confinement?

sy dh 38weeks 3 days kerap mngeras adkh tnda nk bsalin?

4y ago

haah. nurse ckp tu tande beby nk masuk laluan..

salam boleh sy tnya skincare apa yg sesuai untuk ibu mengandung?

4y ago

skin care products yg tak der apa .maksud sya 100% natural

cara berpantang sendiri apa yang perlu kita lakukan ya?

4y ago

Amalkan pemakanan khasiat yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, galian (contoh iron), vitamin, fiber. Minum air secukupnya untuk bekalan susu badan secukupnya. Jaga tahap kebersihan yang maksima untuk mengelakkan jangkitan kuman terutamanya pada bahagian luka. Jaga posisi badan seperti ketika turun dari katil dan bangun dari kerusi untuk mengelakkan kecederaan. Kerap berkomunikasi dan kongsi persaan anda dengan ahli keluarga atau kawan sekiranya anda rasa tertekan atau emosi. Anda harus menyusu bayi anda dengan kerap supaya bayi anda boleh sentiasa membuang dan boleh mengelakkan Jaundice. Anda sentiasa boleh meminta sokongan dari ahli keluarga untuk membantu anda ketika berpantang.