Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selamat tengah hari doctor. Saya nak tanya sbb saya konfius. Saya TTC. Bulan ni saya late period dah 20hari. Saya check upt tapi satu line sahaja dan ada upt yg samar. Saya pergi klinik untuk scan nampak kantung dah 5week dan akan repeat scan after 3week lagi. Lepas scan beberapa hari saya skrg saya saja check upt tapi upt saya masih 1line. Its possible saya preg atau tak ya? 🥺 Mohon jawab soalan saya ni suapaya tak jadi tanda tanya 🥲

Baca lagi
4y ago

First scan 4/3 di klinik swasta nampak kantung. 11/3 scan di klinik kesihatan tak nampak apa apa dalam rahim tapi nampak macam kandungan luar rahim then terus refer ke hospital, sampai di hospital scan tvs tak nampak apa apa pula buat hcg be not pregnant. Saya tiada turun darah hanya pernah sehari tu sakit bawah perut sangat sangat. Its means saya gugur ke doctor?