Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Haii dktr .. saya nak tanya , for now saya hamil da mggu ke 12 , but until now i cant accept any food kcuali mknn kering like bskut roti ke .. try makan yg like normal food nasi sikit n so on but bila makan je xlama asyk vomit je ☹️ Kadang risau perkembangan baby . Kdang dlm shri ibarat kuantiti makan tu like kuantiti makan sarapan skit je portion ny and makan folic acid vitamin . adakah ianya menganggu perkembangan baby dktor?

Baca lagi
4y ago

oh i see .. Ada Dr .. dia bagi ubt thn mntah n da makan tpi still huhu .. mybe alahan saya ni teruk kot kan Dr.. tpi last week dia da ambil da ambil darah n mggu dpn bru nk jmpa dktr n appoinment nya .. hope everythg is fine 😊