Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Sejahtera Dr Sai Sudha, Saya berumur 26 tahun, seorang yang mengalami haid tidak teratur sejak pertama kali datang haid dan mengalami senggugut yang sangat teruk (umur 13 tahun). Semasa saya umur 17 tahun, saya pernah melakukan pembedahan cyst 15cm. Dalam setahun selepas pembedahan, haid saya masih datang setiap bulan walaupun tidak teratur. But after a few years, saya jadi macam dulu balik. Almost 2 or 3 months tak datang haid. Then, saya ada follow up dengan Dr di hospital kerajaan. Almost 1 year juga saya follow up. Then, saya stop. Dr cakap sebab masalah hormon dan bagi saya perancang every checkup. Saya berkahwin umur 24 tahun, setiap kali nak bersama dengan suami mesti saya sakit. Suami pernah bawa saya pergi jumpa bidan kampung. Bidan tu ada urut perut saya. Bidan tu cakap peranakan saya jatuh dan bawah perut saya tu macam mengeras. Selepas berkahwin juga, saya pernah lewat datang haid hampir sebulan. Masa tu saya tak rasa yang saya pregnant but suami ada suruh saya buat upt dan pergi klinik untuk scan. Selepas pergi klinik scan, Dr cakap saya tak pregnant dan rahim saya menebal macam nak datang haid. So Dr just bagi dekat saya EPO untuk saya consume for 3 months. Dr cakap kalau lagi 3 months saya tak datang haid juga, Dr suruh saya datang semula. Selain EPO yang Dr klinik bagi , saya ada juga consume supplement iron folic. Haid saya datang setiap bulan after that. Cuma kadang date tu tak tetap. Kadang awal bulan, kadang tengah bulan atau hujung bulan. Saya tak tahu macam mana nak kira waktu subur saya. Saya last datang haid 25/9/2021. 13/01/2022 ada keluar spotting dalam seminggu macam tu. Saya confused samada darah haid atau apa. Sebab kalau saya datang haid selalu darah keluar banyak. Then, sampai hari ni (10/3/2022) saya masih belum datang haid. Pagi tadi saya ada buat ujian upt, dan resultnya -ve. Mohon Dr sudi beri pencerahan dan jawapan kepada saya. Saya buntu tak tahu nak buat apa. Terima kasih Dr sudi baca soalan saya. 😊

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. Pertama sekali, apa kandungan cyst 15cm itu ? Apa diagnosa Dr pada masa itu. Adakah ianya Endometriosis ? Apakah findings lain sewaktu pembedahan tersebut ? Agak susah untuk saya tentukan apa masalah sebenar tanpa mengetahui details. Haid yang tak menentu ada banyak sebabnya- endometriosis, PCOS dan sebagainya. Ada kemungkinan Endometriosis bagi keadaan Pn tetapi Saya tak boleh nak confirm selagi saya tak assess sendiri. Tolong berhati2 mengambil supplements selain iron/ folic acid. Bin Ang dengan Dr dulu.