Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Selamat Sejahtera Dr Sudha, Saya ada beberapa soalan pasal kesihatan mental semasa mengandung, 1. Saya disahka ada mild Bipolar Disorder and depression beberapa tahun yang lepas. Sekarang saya mengandung 16weeks and di diagnosed dengan depression kembali. soalan saya, apakah kesihatan mental saya akan effect anak dalam kandungan saya? Macam mana caranya untuk ibu mengandung mempositifkan diri mereka? 2. Apakah masalah buasir semasa mengandung ada kena mengena dengan berat ibu mengandung? 3. Kalau ibu mengandung disahkan obes, bolehkah ibu mengandung mengambil insiatif untuk mengurangkan berat badan? Apakah ia akan mendatangkan masalah kepada anak dalam kandungan. terima kasih kalau Dr sudi membaca dan menjawab soalan2 yang saya utarakan.

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. 1. Kesihatan mental tidak semestinya boleh effect anak dalam jamgkamasa panjang. Ibu perlu berjumpa Dr Pakar psychiatry untuk assess samada perlu ambil ubat. Depression boleh menjadi lebih serius waktu selepas bersalin. Fikirkan perkara2 yang positif, yang menggembirakan, luangkan masa bersama keluarga terdekat dan mereka yang berpemikiran positif, luangkan masa melakukan hobbi yang Puan suka, bersenam etc. 2. Buasir adalah lebih kepada majid keras, terpaksa meneran kuat sewaktu menbuang najis. Ia bukan semata2 kerana obes. 3. , peningkatan berat sewaktu mengandung adalah berdasarkan BMI ibu. Maka jika obes, peningkatan berat badan adalah kurang dari biasa bergantung kepada kelas obesiti seseorang itu. Perlu berbincang dengan Dr Puan.