Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello & Hi Dr, Sy sekarang 24 weeks of pregnancy & telah melakukan Details Scan. Hasilnya terdapat 1 abnormalities yg sonographer dapat detect which is placenta(bilobed placenta). My Question : 1. Berapa percent kah case bilobed placenta di Malaysia? 2. Bagaimana kaedah delivery jika berlakunya kes sebegini? 3. Apa yg sy perlu elak & alert? 4. Jenis persedian yang perlu sy lakukan? Terima Kasih Dr

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. 1. 4% risk 2. Kalau tak ada lobe yang duduk dibawah ( placenta previa ) , mama boleh bersalin biasa 3. Kena monitor untuk pendarahan dari faraj, sakit perut yang berterusan ( resilience abruptio placenta ) 4. Tiada apa2 persediaan lain yang diperlukan