Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hye doktor saya ada gbs positif dan juga varicose vein dedua ni dapat masa mengandung anak nombor 2 . sekarang pula sedang 28minggu pregnant untuk yang ke-3 soalan saya ada 2 1/ apa risiko varicose vein saya bila bersalin nanti sebab kat vagina pon ada urat itu 2/ saya juga ada MDD under psy boleh ke saya makan ubat setraline yg di saran kan doktor saya. betul kah ubat itu tiada apa-apa side effect untuk baby dalam perut saya ?.

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. 1. Jika ade varicose di faraj, maka ada risiko pendarahan sewaktu bersalin - jika terkoyak/ terpaksa buat episiotomy di tempat itu. Especially kalau sakit darah itu besar dan prominent. 2. Sertaline adalah diantara ubat yang selamat digunakan sewaktu mengandung