Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam sejahtera Dr Sai Sudha 1.Saya ingin bertanya,normal ataupun tidak saya tidak datang bulan(haid) hampir setahun selepas bersalin.Saya risau mungkin ada masalah kesihatan dalaman yang lain. 2.Macam mana kita nak tahu peranakan/rahim kita jatuh?apakah tanda- tandanya,kesan dan cara menaikkan peranakan/ rahim tersebut. terima kasih Dr

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. Adakah Puan masih menyusu badan secara esklusif ? Adakah Puan menggunakan apa2 kaedah perancang? Bagaimana pattern period sebelum mengandung ? Jika tidak, Pn perlu berjumpa Dr untuk check. 2. Antara Tanda2 adalah seperti rasa ada sesuatu bonjolan di faraj apabila batuk atau meneran, masalah kerap kencing/ tidak dapat menahan kencing. Adakala jika tidak teruk, tiada simptom- perlu buat pemeriksaan untuk menentukan samada jatuh ke tidak.