Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi doctr..sy nk tnya..sy last period pd 30/12/21 dn pd 10/2 sy cek urine positf..2x sy cek pgi dn ptg..selang brape hr sy cek lg..jd negatf plk..sy gi klink swasta scan kate kantung ade tp x cntk..jd sy kne refer ke hsptl untk rujukn...tp sy x gi pun..sy buat untk pegi lg 2 mggu..sy g klnk lain cek urine buat test..sme msh negatf..n dktr scan x nmpk ppe pn..cmne yer dktr..smpi skrg 5/3/22 sy xde tnda² kua drh ke ape..semua x ade

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. Kemungkinan Pn mengalami keguguran kerana janin/ kandungan tak menjadi ( failing pregnancy / blighted ovum ). Sila jumpa Dr Pakar untuk scan transvaginal serta ujian darah HCG untuk confirm keadaan Puan.