Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr.. saya baru lepas bersalin 6 bulan yg lepas secara czer utk anak yg pertama.. walaupun sudah 6 bulan yg lepas saya bersalin, saya masih rasa sakit ditempat jahitan czer.. utk pengetahuan Dr, selepas habis operation czer tu, dua kali tempat jahit czer tu dibuka atas faktor tempat jahit tu bleeding walaupun belum sehari saya bersalin.. hingga sekarang ada masa2 tertentu kalau saya tengah baring sambil menyusu, tengah duduk atau nak membongkok, tempat jahit czer tu rasa mencucuk dan ada masa rasa macam tegang.. persoalan saya, adakah itu normal Dr dan macam mana cara utk saya atasi dari kerap rasa sakit ditempat jahitan kerana ianya mengganggu aktiviti seharian saya dan bila rasa sakit berterusan saya akan rasa down sangat dan tak hiraukan anak saya yg nak menyusu..

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. Saya amat terasa kesusahan Pn atas komplikasi yang telah berlaku - memang ini adalah komplikasi yang boleh jadi selepas pembedahan. Oleh sebab terpaksa dibuka semula 2x, pemulihan akan mengambil masa. Jahitan di dalam dan jenis benang yang digunakan juga ade effect pada pemulihan. Dia memang akan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Pemulihan juga bergantung kepada reaksi badan kita. Adakala, sesetengah pesakit akan mengalami rasa senak / menyucuk pada posisi2 tertentu untuk jangkamasa yang panjang. Boleh ambil ubat tahan sakit, jika perlu. Pn boleh juga buat senaman untuk menguatkan otot di abdomen / perut.