Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Dr, sy nak tnya, knpe ye sy kerap sakit perut dekat bahagian bawah? Sakitnya mcm segugut, senak dan mencucuk-cucuk gitu. Bila ke kk, diorng tak bagi jawapan sebabnya kenapa. Just biasa. Ad juga kawan sy cerita yg kwn dia beranak awal which is week yg ke 28. And now sy ke 25. So sy sangt risau dan takut. Dan akhir skali, nak tnya mcm mna nak thu air ketuban kita ckup untk bayi, sbb sy ad google pasal kekurangan air ketuban adalah tidak elok. Ada cara yang terbaik untk ini agar sy tidak risau? Thank you

Baca lagi
4y ago

Typo - Kena segera ke hospital