Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc. Saya ada beberapa soalan. 1. Bagaimana nak tau keputihan tu berbahaya? 2. Kalau vagina gatal tapi tiada apa-apa discharge, adakah itu sebabkan kegatalan? 3. Apakah makanan yang bolrh sebabkan keputihan jadi banyak? 4. Saya pernah ada cyst sebesar 2cm masa mengandung & doc dah buangkan. Adakah cyst boleh kembali akan datang? 5. Saya baru lepas bersalin & masih belum period. Adakah normal baru 4 bulan lepas bersalin tak period? 6. Bagaimana saya nak tau kalau rahim saya jatuh? Adakah apa-apa tanda? 7. Betul ke keputihan tu sifatnya asid? Sekian soalan saya. Terima kasih doc.

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. 1. Jika ianya berbau, warna kuning/putih pekat/ hijau, bercampur darah, sakit 2. Kegatalan mesti ada puncanya - jangkitan kuman di faraj atau kulit. Ataupun akibat terlalu kering. 3. Biasanya tidak sabit dengan makanan. Tetapi jika ada penyakit kencing Manis, memang kena kurangkan makanan carbohydrate tinggi 4. Ya, boleh 5.Ya, normal kalau menyusu badan 6. Tahap awal tiada tanda2. Rasa bonjolan di faraj ketika batuk/meneran, kerap kencing dan Tak boleh control, sakit/ senak dibahagian pelvis 7. Tidak semestinya 8.