LEGO® Harry Potter™ Hogwarts™ Moment Untuk Dimenangi!

Ada peminat Harry Potter ke dekat sini? Kalau ada, jom jawab "Saya"! Sangat la senang untuk anda menang peraduan ini, hanya perlu kongsikan kenapa itu kegemaran anda! Jom sertai ramai-ramai! https://community.theasianparent.com/contest/lego-harry-potter-hogwarts-moment-untuk-dimenangi/1377?lng=my

LEGO® Harry Potter™ Hogwarts™ Moment Untuk Dimenangi!
6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

House of Slytherin adalah kegemaran saya kerana meski watak2 dalam Slytherin dikatakan sebagai antagonis, namun mereka sebenarnya sayang dan ingin mempertahankn Hogwart namun disebabkan sesetengah daripada mereka mempunyai pemahaman yang salah dimana mereka hanya inginkan pure blood yang menguasai dunia magik, mereka seringkali ditindas. Selain itu, meski Harry Potter adalah dari Gryffindor, namun sifat2nya juga terserlah sebagai Slytherin, dimana dia berani melakukan apa saja untuk menegakkan kebenaran dan sentiasa bersemangat dalam setiap apa yang dilakukan. Harry Potter juga mempunyai kebolehan bercakap dengan ular (parselmouth). Pada akhir episod, anak Harry Potter juga menjadi ahli Slytherin bahkan nama anaknya juga diberi sempena nama tokoh Slytherin (Severus Snape). Selain itu, sejak awal perceritaan seringkali kita lihat Severus Snape sebagai watak antagonis tapi sebenarnya meski dia sangat membenci Harry Potter, dia tetap memegang janjinya kepada Dumbledore untuk menjaga Harry Potter hingga dia dewasa, sehinggakan Severus Snape terpaksa berlakon menjadi pembelot kepada Dumbledore untuk mendapatkan kepercayaan Voldemort namun malang tidak berbau, Severus Snape mati dipatuk Nigini. Ini menunjuk kesetiaan Severus Snape meskipun dia adalah dari Slytherin. Tidak bermakna Slytherin itu jahat kerana apa2 pun, semua terletak pada diri sendiri. Kita yang tentukan.. Kesimpulannya, saya suka Slytherin 💚💚💚

Baca lagi