PENGALAMAN SAYA DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL JB SEBAGAI PESAKIT COVID19 DAN IBU MENGANDUNG 30 MINGGU.

. 26/05/2023 tujuan saya pergi hospital sebab anak kurang gerak. Last² kena isolate sebab Covid19. 2. Isnin (29/05/2023) pindah ke ward biasa bilik 28 tapi still duduk isolate sorang². 3. Selasa (30/05/2023) keluar bilik 28 dan hantar saya masuk HDU. Tapi sebelum hantar saya ke HDU dah buat detail scan baby hampir 30 minit. Ada 3 orang doktor kat situ dan cakap semua normal. Saya tak sakit dan baby normal. 4. 2.30 p.m. tiba di HDU. Nurse cakap nak masuk tiub kencing, inject Dexa dan 1 lagi NURSE cakap untuk kurangkan sakit contraction (an hour kemudian DOKTOR cakap untuk matangkan kepala baby). Saya cakap tunggu dulu. Call suami. Saya tanya kenapa kena cucuk semua ni, saya berisiko ke? Nurse cakap ehhh takde lah. Awak dan baby sihat jeee. Ubat ni untuk matangkan paru² baby. Pukul 3pm nurse inject saya dengan Dexa. 5. Masuk ward biasa pukul 3.30 p.m. Sister datang nak cucuk ubat cair darah. Saya tanya sekali lagi kenapa saya kena cucuk dexa ye? Perbualan: Sister: "Doktor cakap untuk apa?" Saya: "Saya pun taktau. Nurse dan doktor cakap saya sihat je." Sister: "Dexa tu untuk apa?" Saya: "Untuk matangkan paru² baby." Sister: "so? Apa yang tak faham lagi?" Saya: "saya tak faham kenapa kena cucuk dexa?" Dia dah mula tengking sampai anak orang menangis. Sister: "Sebab nak matangkan paru² anak lah! Berapa kali nak ulang?!" Saya: "matangkan sebab apa? Saya kan tak berisiko? Mak saya takde pun kena cucuk semua ni? Anak dia dah 6." Sister: "yang awak nak samakan diri dengan mak awak ni kenapa? Dia hidup zaman bila? Awak hidup zaman bila?" Saya: "adik bongsu saya baru je masuk 2 tahun." Sister: "sudah lah tak payah nak banyak² fikir. Nak banding² situasi dengan mak awak kenapa? Ujian yang Allah bagi ni lain². Takpayah nak persoal ujian Allah. Nanti awak stress." PERSOALAN: UJIAN APA? Keluar bilik ISO masuk bilik kuarantin normal, nurse tanya masuk sebab apa. Keluar bilik kuarantin normal, masuk HDU tanya sebab apa masuk. Tolak masuk ward normal duduk ramai² dengan patient lain, sebelum tolak saya ke katil tanya saya apesal masuk sini. Diaorang langsung tak tau apesal masuk sana masuk sini. Dan saya dengar jelas kat bilik HDU tadi, "Apesal kena cucuk dexa eh?" "Entah lah weh, doktor suruh." 6. 31/05/2023 nak dekat jam 4a.m. nurse baru datang nak cucuk Dexa. Nurse TAK ADA EXPLAIN APA² MELAINKAN ITU ADALAH DOSE YANG TERAKHIR. 07. 31/05/2023 jam 3:50pm SEKALI LAGI NURSE DATANG CUCUK DEXA UNTUK KALI KE-3 dengan alasan PAGI TADI (04a.m.) gula dalam darah tinggi, so dose pagi tadi di kurangkan. MASALAHNYA KENAPA TAK INFORM??? KENAPA CAKAP PAGI TADI LAST DOSE? 08. 01/06/2023 doktor cakap dah boleh balik. Suruh suami datang pukul 12p.m. Then suami datang sharp jam 12p.m. guard suruh masuk jam 12.30p.m. Lepas masuk suami terus tunggu giliran untuk potong nama. Tunggu punya tunggu sampai 1.30pm, NURSE CAKAP TAK BOLEH POTONG NAMA LAGI SEBAB DOKTOR PSY NAK JUMPA. 09. Tunggu punya tunggu habis waktu melawat. Pukul 2p.m. suami kena keluar. Suami balik dulu sebab ada urusan. Saya tunggu ketibaan Dr PSY sampai jam 3.30p.m. dan belum datang. Saya WhatsApp Dr PSY dan Dr cakap DIA DAH TULIS DALAM PLAN/DOKUMEN SAYA YANG DIA BAGI DISCAJ. DAH TAK PERLU JUMPA LAGI. DOKTOR O&G YANG TAK FAHAM BAHASA. 10. 02/06/2023 jam 10a.m. nurse Klinik Desa datang rumah untuk check up. Nurse buka surat dari HSI dan clip pada buku pink. Malam tu saya baca dan surat tu tertulis CUMA 2 DOSE DEXA DI BERIKAN. SAYA SANGAT KECEWA DENGAN NURSE WARD 4A DAN DOKTOR O&G! KENAPA TAK EXPLAIN DETAIL MENGAPA SAYA DI SUNTIK?! KENAPA SETIAP KALI SAYA TANYA JAWAPAN KORANG SEMUA CAKAP SAYA NORMAL DAN SIHAT? BABY NORMAL DAN SIHAT?! SEMUA BENDA YANG DI LAKUKAN KE ATAS SAYA TAKDE EXPLAINATION!!! SAYA STRESS DAN TAK REDHA DENGAN SEMUA NI!!!

PENGALAMAN SAYA DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL JB SEBAGAI PESAKIT COVID19 DAN IBU MENGANDUNG 30 MINGGU.