PENGALAMAN SAYA DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL JB SEBAGAI PESAKIT COVID19 DAN IBU MENGANDUNG 30 MINGGU.

. 26/05/2023 tujuan saya pergi hospital sebab anak kurang gerak. Last² kena isolate sebab Covid19. 2. Isnin (29/05/2023) pindah ke ward biasa bilik 28 tapi still duduk isolate sorang². 3. Selasa (30/05/2023) keluar bilik 28 dan hantar saya masuk HDU. Tapi sebelum hantar saya ke HDU dah buat detail scan baby hampir 30 minit. Ada 3 orang doktor kat situ dan cakap semua normal. Saya tak sakit dan baby normal. 4. 2.30 p.m. tiba di HDU. Nurse cakap nak masuk tiub kencing, inject Dexa dan 1 lagi NURSE cakap untuk kurangkan sakit contraction (an hour kemudian DOKTOR cakap untuk matangkan kepala baby). Saya cakap tunggu dulu. Call suami. Saya tanya kenapa kena cucuk semua ni, saya berisiko ke? Nurse cakap ehhh takde lah. Awak dan baby sihat jeee. Ubat ni untuk matangkan paru² baby. Pukul 3pm nurse inject saya dengan Dexa. 5. Masuk ward biasa pukul 3.30 p.m. Sister datang nak cucuk ubat cair darah. Saya tanya sekali lagi kenapa saya kena cucuk dexa ye? Perbualan: Sister: "Doktor cakap untuk apa?" Saya: "Saya pun taktau. Nurse dan doktor cakap saya sihat je." Sister: "Dexa tu untuk apa?" Saya: "Untuk matangkan paru² baby." Sister: "so? Apa yang tak faham lagi?" Saya: "saya tak faham kenapa kena cucuk dexa?" Dia dah mula tengking sampai anak orang menangis. Sister: "Sebab nak matangkan paru² anak lah! Berapa kali nak ulang?!" Saya: "matangkan sebab apa? Saya kan tak berisiko? Mak saya takde pun kena cucuk semua ni? Anak dia dah 6." Sister: "yang awak nak samakan diri dengan mak awak ni kenapa? Dia hidup zaman bila? Awak hidup zaman bila?" Saya: "adik bongsu saya baru je masuk 2 tahun." Sister: "sudah lah tak payah nak banyak² fikir. Nak banding² situasi dengan mak awak kenapa? Ujian yang Allah bagi ni lain². Takpayah nak persoal ujian Allah. Nanti awak stress." PERSOALAN: UJIAN APA? Keluar bilik ISO masuk bilik kuarantin normal, nurse tanya masuk sebab apa. Keluar bilik kuarantin normal, masuk HDU tanya sebab apa masuk. Tolak masuk ward normal duduk ramai² dengan patient lain, sebelum tolak saya ke katil tanya saya apesal masuk sini. Diaorang langsung tak tau apesal masuk sana masuk sini. Dan saya dengar jelas kat bilik HDU tadi, "Apesal kena cucuk dexa eh?" "Entah lah weh, doktor suruh." 6. 31/05/2023 nak dekat jam 4a.m. nurse baru datang nak cucuk Dexa. Nurse TAK ADA EXPLAIN APA² MELAINKAN ITU ADALAH DOSE YANG TERAKHIR. 07. 31/05/2023 jam 3:50pm SEKALI LAGI NURSE DATANG CUCUK DEXA UNTUK KALI KE-3 dengan alasan PAGI TADI (04a.m.) gula dalam darah tinggi, so dose pagi tadi di kurangkan. MASALAHNYA KENAPA TAK INFORM??? KENAPA CAKAP PAGI TADI LAST DOSE? 08. 01/06/2023 doktor cakap dah boleh balik. Suruh suami datang pukul 12p.m. Then suami datang sharp jam 12p.m. guard suruh masuk jam 12.30p.m. Lepas masuk suami terus tunggu giliran untuk potong nama. Tunggu punya tunggu sampai 1.30pm, NURSE CAKAP TAK BOLEH POTONG NAMA LAGI SEBAB DOKTOR PSY NAK JUMPA. 09. Tunggu punya tunggu habis waktu melawat. Pukul 2p.m. suami kena keluar. Suami balik dulu sebab ada urusan. Saya tunggu ketibaan Dr PSY sampai jam 3.30p.m. dan belum datang. Saya WhatsApp Dr PSY dan Dr cakap DIA DAH TULIS DALAM PLAN/DOKUMEN SAYA YANG DIA BAGI DISCAJ. DAH TAK PERLU JUMPA LAGI. DOKTOR O&G YANG TAK FAHAM BAHASA. 10. 02/06/2023 jam 10a.m. nurse Klinik Desa datang rumah untuk check up. Nurse buka surat dari HSI dan clip pada buku pink. Malam tu saya baca dan surat tu tertulis CUMA 2 DOSE DEXA DI BERIKAN. SAYA SANGAT KECEWA DENGAN NURSE WARD 4A DAN DOKTOR O&G! KENAPA TAK EXPLAIN DETAIL MENGAPA SAYA DI SUNTIK?! KENAPA SETIAP KALI SAYA TANYA JAWAPAN KORANG SEMUA CAKAP SAYA NORMAL DAN SIHAT? BABY NORMAL DAN SIHAT?! SEMUA BENDA YANG DI LAKUKAN KE ATAS SAYA TAKDE EXPLAINATION!!! SAYA STRESS DAN TAK REDHA DENGAN SEMUA NI!!!

PENGALAMAN SAYA DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL JB SEBAGAI PESAKIT COVID19 DAN IBU MENGANDUNG 30 MINGGU.
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

lah..saya dh taip panjang td..tp dh hilang..now malas nak taip balik..sebab snyum sndiri juga sis dibuat post ni....Dan sis faham sgt bnda mcm ni boleh berlaku bila kurangnye explanation dri nurse .Dan lebih² LG nurse Kan salu tukar² shift..jd sgt faham lh kekhuawatiran sis Kala ni..dexa Tu memang dia Ada dua dose...dlm 24jam..kna complete dose ..Dan suntikan dexa ni khas untk matangkan paru² baby..JD bila Kita ni menyerah awal ke hospital...atas sebab baby ada masalah seperti kurang gerak ke..pecah ketuban ke..awal dri 37w..memang procedure hospital Akan bagi Kita dexa ni just in case Kita ni terberanak awal...sebab Tu nak matangkan paru² baby dlu...sementara baby msih dlm kandungan..sya adalah ibu bayi premature..jd memang dh akur dgn dexa Tu..sya kna admit masa 29w..sebab contractions kuat sgt...then kna bg dexa...lpas warded brapa Hari..blum juga beranak...so discharge..sampai lah sya kandungan 33w..pecah air ketuban...JD cucuk LG sekali dexa ni..jgn risau sis...smua Tu untk kebaikan baby juga....bertanya baik²..nnti mereka pun Akan explain baik²....mengandung ni kena extra usaha tau...bila ada masa..search Google lah segala kemungkinan..Dan tambah ilmu pngetahuan...kna extra effort membaca ye.. smoga sis Dan baby snntiasa sihat slalu...sya bljr dri pngelaman ..Dan yg explain pasal dexa kat sya dlu bukan nurse,tapi dokter...dia Akan terangkan segala kemungkinan komplikasi Dan kesan sebagainya...dua Kali sya kna cucuk dexa..dua Kali Tu juga dokter yg sama explain kat sya...Kita sma² mama...Dan mari bljr Dan Akan sntiasa belajar bnda baru....

Baca lagi
2y ago

ya saya akan buat aduan. sebab kerja diaorang semua selekeh dan menyakitkan hati. terima kasih mommy.

hi puan, saya pun baru discharge wad 2 hari lepas dan kena ambik suntikan dexa 2 dos untuk matangkan paru ii anak sebab risiko anak akan lahir awal sebab air ketuban bocor dan air tak cukup tapi serious macam pelik ja kalau puan dan baby sihat tapi nurse tetap bagi suntikan tu, dah la diorang tak explain masalah puan, macam saya alhamdulillah pihak hospital memang betul ii terangkan kenapa saya kena ambik suntikan tu... harap puan sabar ya dengan ujian ni, Insha'Allah dipermudahkan segala urusan ❤️

Baca lagi
2y ago

saya siap kena tengking dengan nurse sebab saya tanya kenapa saya kena suntik. Sedangkan Doktor O&G dan nurse jaga HDU cakap "ehh takdelah puan dan anak sihat dan normal. Ubat ni untuk matangkan paru² baby je." Kalau sihat, normal dan tak berisiko kenapa kena suntik? Saya betul² fed up dan stress hingga harini. Saya akan redha kalau diaorang explain saya berisiko. Tapi??? Hmm...

Hi mommy..mengikut surat referral dr hosp ke kk tu,betul mommy hanya dpt 2 dose dexa ..dexa diberi mmg utk matangkn paru² baby in case berlaku nya kelahiran pramatang akibat komplikasi covid.. Injection yg mommy terima pd 30/5 tu ialah magnesium sulphate..ini utk prevention eclampsia..itu yg mnjadikan total injection mommy terima sbyk 3x..

Baca lagi
2y ago

Sme²

Takut nak masuk hospital jenis macam ni yg langsung x pandai bagi explaination setiap apa yg dorang buat.geramnya bca cerita sis..

2y ago

Saya sedih sangat. Mengadu dekat Klinik Desa pun nurse buat taktau je. Nak report SISPA mana saya tau nama diaorang. hmm💔

TapFluencer

aduuu..risau pulak bila baca situasi sis. dhla tk lama lg nk brnk. 😩😩😩😩 Ya Allah

2y ago

masalahnya saya bertanya dan mereka cakap saya normal. normal tapi inject? kalau saya berisiko, CAKAPLAH PUAN BERISIKO. Tu pun susah ke? Second Dexa cakap tu last. Tiba² petang esok nya inject 3rd dose?

Boleh tahu apa status? Sis dah report ke?

2y ago

Oh better report pada saluran sebetulnya. Boleh sahaja report sispa, pcb or hospital even tak kenal. Describe je that particular person. Siasatan akan dibuat, asalkan bukan surat layang. Rakan saya (patient) pun pernah dipanggil pihak atasan hospital area Melaka utk sesi soal siasat once dia buat aduan bertulis. Benda ni bukan buat main2 & bukan juga sekadar meluah di sini yg takkan selesaikan masalah. Sekadar nasihat kan sis utk salurkan aduan ke tempat sebetulnya since saya pun penjawat awam yg memantau. Cuma tak pantau healthcare industry. Moga dipermudahkan urusan sis. Saya pun bakal bersalin di JB In Sha Allah. Harap yg baik2 saja

.

Post reply image

.

Post reply image