Batuk dah hampir 3 minggu
24 week 4 day. Hi mommies. Nak tanya ada siapa tak batuk dah cuba pergi klinik makan ubat doktor beri… minum air masak banyak pun masih tak ok? Lastly saya cuba ni… ada pernah cuba tak? Tengok ingredients macam ok je untuk makan. Saya batuk sampai terkencing2… macam mana nak hilangkan kahak ni? Puas saya meludah 😓
saya 23 weeks selesema seminggu tak baik. dah pergi klinik makan ubat pun tak okay. minum air madu + lemon suam, minum air zamzam, minum lemon panas. tido guna diffuser letak cengkih. tapi tak baik juga. tak tahu dah nak buat apa.
sekarang mmg musim batuk.. prgnnt pulak x bolh mkn ubat mcm2. farmasi bg ubat batuk herba ja bolh.. sy mkn ubat sakit tekak jenis herba bli kt farmasi rasa ok la sikit batuk. sy pun batuk sampai terkencing2 kna pakai pad selalu..
yelaa sy igt sy sorang je kena batuk2 ni rupanyaa ramai mommy kena juga kan, musim ke?? kalau dtg checkup mommy ada yg batuk2 kesian tgk tp diri sndiri pun batuk juga .. semoga Allah lindungi kita dan anak dalam kandungan
saya pernah batuk teruk 2 mggu.. makan ubt farmasi tak hilang...makan antibiotik tak hilang..last2 kemam coklat fisherman bru lega..ltk bawah bantal bila rasa nk batuk kemam jer..kdg2 time nk tdo lh tekak buat hal..
moga cepat sembuh sis...saya pon baru ok dari batuk tkncing2 tu😅memag tseksa betul,last2 p klinik,doc bg ubt batuk,mkn stgh botol,alhamdulillah,batuk reda..sekadar kongsi cerita,teringtkan kisah batuk teruk tu...
try minum air rebusan kembang semangkuk + gula batu. kembang semangkuk tu mcm yang dalam air lai chi kang warna hitam tu..ada jual dekat pasaraya @ kedai tabib cina. in shaa Allah okay untuk batuk + sakit tekak
sy guna klapaa laut tu.. tpi bntuk gula2 . n mnum byk air suam.. kdg hmpir 2 botol sbb gatal tekak.. asam jawa+ garam bancuh pekat sikit je.. untuk basah tekak spya tkgtal sgt n gram ubt luka tekak
Saya pun 3rd trimester batuk2 sampai terkencing. Jumpa dr makan ubat pun tak jalan. Tidur skrg kepala kena tinggi, tak boleh aircond dan kena cut off ice. Semoga kita tabah menghadapinya.
Tak pernah cuba. Cuba elakkan Makanan pedas, bergoreng dan manis. Kerap senam kegel supaya otot pelvik ok, so tak terkucil. dan tampung perut dgn tangan atau bantal semasa batuk.
Boleh cuba ni. Pati delima jenama gulsan.Husband saya batuk teruk berbulan2 mkn ni alhamdulillah elok. Ank saya pon sama.saya pregnant mmg amalkan ni je. Elok jugak utk naikkn hb