Naikkan hb

21week , Hb menurun pulak . Any tips bagi Hb naik

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau makan supplement yg ade iron, jarakkan pengambilan makanan atau minuman yg tinggi kalsium. Dia boleh mengganggu penyerapan iron tu. Kalau ambil iron supplement dgn vit c, pastikan vit c tu asli vit c tanpa campuran mineral mcm zinc. Ni pengalaman saya dulu, makan supplement tapi hb tak naik² sebab mineral zinc yg sekali dlm vit c tu. Lepas tu, supplement kalau ambil iberet, ambil 30 minit sebelum atau selepas makan - ini berdasarkan nasihat doktor KK yg saya dpt. Lepas saya ubah cara pengambilan & tukar pengambilan bersama pati delima, alhamdulillah, dah makin naik hb sekarang. Selamat mencuba, harap hb puan akan naik kembali. Saya paham sgt struggle bila kite dah amik supplement elok² tapi dia tetap tak nak naik.. semoga dipermudahkan, aamin ❤

Baca lagi
2y ago

Biasa saya amik pati delima tu semasa amik iron supplement, sis. ada nurse bagi tips juga, rajinkan minum susu kurma farm fresh, membantu utk kes dia dulu katanya. tapi yg tu saya tak cuba lagi. saya mild anemia sebab pregnancy. Masa bukak buku pink, hb saya di takat normal, masuk trimester ke 2 baru dia start drop. kalau sis jumpa doktor, sis boleh tanya dia mengenai kandungan iron dlm darah sis tu normal ke tak. drpd situ, doktor boleh detect masalah dia mmg atas faktor pregnancy atau mmg ada masalah darah, sebab lain org lain kesesuaiannye dgn supplement yg dia dpt... mungkin kena tukar.. ada org supplement sama dah cukup utk dia. saya drpd obimin pg ke iberet. boleh cuba rujuk dgn doktor, sis, utk analisa dan nasihat. 😊

VIP Member

Awal saya bukak buku hb normal. Masuk ke tri ke 2 warded sebab pengsan secara tiba2, cek hb turun 9. Ubt kk bagi yg zincofer tu sye xboleh makan dan inform doctor, mmg akan rasa mual pening muntah angin bau macam besi.. tukar maltofer sebab sedap, boleh makan. Tp hb tetap xnaik. Doctor hospital tukar iberet, alhamdulillah naik smpai 12 dah skrg. Dari awl sye mmg makan ubt awl pagi masa subuh dgn air sunquick xletak gula.. lepas tu tdo balik, g keje bru breakfast..

Baca lagi
2y ago

sy pun sama masa mgandung.. makan jd muntah... last minta tukar ke obimin.. baru ok..

sy dari awal buka buku mmg hb low, 2mggu skali kena pergi check up, i eat everything nurse asked me to eat nk bg naik hb tp macam tu jgk. ubat pun tukar macam2. time 30weeks pregnant haritu tukar iberet, tp tak naik byk pun. then masa 33weeks i start minum vco daily. skrg alhamdulillah dah 36weeks dan alhamdulillah naik walaupun tak byk. drpd 10 je naik laa 11.5 skrg. boleh laa try sbg ikhtiar 😊

Baca lagi

sama.. huhuhu dri awl hb14, skrg hb11.8.. mcm2 mkn jambu batu ,buah naga , hati ayam , pedal , bayam.. huhuhu.. mn yg blh naik HB semua mkn.. jgn sruh tmbh mkn zincofer sudah..

rujuk post ni. mcm2 tips ada dari mommies yg berpengalaman hb rendah https://community.theasianparent.com/q/hb-rendah-apa-perlu-makan/3667166?d=android&ct=q&share=true

boleh try produk Nufiya 🤗 skrg ada Sale 10% each item sesuai utk ibu mengandung dan menyusu badan boleh pm sy www.wasap.my/60129876070/jellynufiya

Post reply image

bole try minum air Marigold jus jambu batu merah muda. sy minum naik dari 11.9-12.9 , dan kurgkn mnum milo

saya makan maltopher.. doktor bg iron.. mkn sejam sebelum sarapan.. boleh minta pendapat doktor sesuai ke x..

jus mamariam dan susu mamadil.. hb cantik dr awal mengandung sampai bersalin. x sembelit.

Sy mkn iberet folic, mkn dgn air sanquick kosong suam.. Dri 9.9 naik 11.8