ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum & Salam sejahtera! Sy bekerja sebagai kerani dan suami sy adalah frontliner pemandu ambulans. Sy mempunyai seorang superhero yg kini berusia 1 tahun 2 bulan dan bakal melahirkan lagi seorang superhero pada bulan depan (22/11/2021). Sy amat memerlukan kemudahan seperti carseat baby, kebetulan theAsianparent Malaysia dan BerjayaSompo&Crolla sedang menganjurkan program yg bermanfaat ini sy tentu sekali tidak akan melepaskan peluang daripada menyertainya! Semoga ada rezeki untuk anak kami.. Memandangkan dengan pertambahan cahaya mata baru, carseat amat penting utk kami sekeluarga. Dengan tingkahlaku anak sulung yg semakin aktif & lasak, ia akn memudahkan kami bergerak terutamanya menghantar ke rumah pengasuh dan follow up di hospital, dan terjamin keselamatannya semasa panduan. Buat masa ni kami masih belum mampu untuk menyediakan carseat utk anak yg sulung, disebabkan oleh kekangan kewangan di musim pandemik dan harga belum mampu milik. Semestinya kami sekeluarga akan berasa gembira dan bersyukur atas bantuan ini. InshaAllah ada rezeki utk anak kami Aqil Firas 🥰 Terima kasih diatas keprihatinan pihak The Asian Parent Malaysia dan Berjaya Sompo & Crolla sempena penganjuran program ini 💕

Baca lagi