ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum ,Hai TAP . Isteri saya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 1 orang anak perempuan berusia 2 tahun dan insyAllah, Isteri saya bakal melahirkan seorang lagi bayi pada 22 oktober 2021 . Antara sebab kami memerlukan carseat adalah faktor-faktor keselamatan car seat itu sendiri antaranya sebab saya kaji carseat dan memerlukan ialah : 1. Statistik dari Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) menunjukkan kematian kanak-kanak didalam kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan menggunakan car seat yang sesuai dan dipasangkan dengan betul. 2.Tali pinggang keselamatan kereta tidak sesuai untuk kanak-kanak Sebaliknya, jika meletakkan seorang kanak-kanak, tali tersebut akan menyilang pada leher dan jika berlaku kemalangan, akan menyebabkan kecederaan yang serius pada bahagian tersebut apabila tali pinggang terkunci semasa pelanggaran. 3.Jika kanak-kanak tidak menggunakan car seat, kanak-kanak akan melonjak kehadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalangnya. Dengan adanya car seat, sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat dilindungi oleh kerangka dan tali keselamatan yang padat dengan span lembut untuk menyerap hentakan. 4.Car seat direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut. 5. Dapat fokus pada pemanduan, jika tiada carseat ia akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan sepanjang perjalanan supaya anak-anak tidak melompat-lompat didalam kereta. Dengan adanya car seat, pengawasan amat minimum dan fokus pemanduan tidak akan terganggu. 6. Akhir sekali ialah kami memerlukan car seat bagi memudahkan saya dan isteri dari berulang alik klinik dan hospital serta ke destinasi yang ingin dituju. Terima kasih Berjaya Sompo , Crolla & Theasianparents community! Semoga ada rezeki buat anak² saya , Amin...

Baca lagi