ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP š


Salam dan Hi warga TAP. Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga. Saya dan suami mencuba nasib dalam program istimewa bantuan car seat ini dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Saya dan suami sememangnya sedang mencari sebuah car seat baharu untuk anak kami yang kini sudah berusia 2 tahun 8 bulan. Namun tertangguh disebabkan musim pandemik ini. Kami telah menggunakan car seat sejak anak saya berusia dua bulan lagi sehingga kini. Pada ketika itu, kami hanya mampu membelikannya sebuah car seat yang berharga RM 100 lebih dan tidak mempunyai piawaian keselamatan yang diluluskan. Namun demi keselamatan anak di dalam kenderaan, kami tetap menggunakannya sehingga kini. Namun disebabkan tumbesaran anak, car seat tersebut sudah tidak dapat memuatkan anak lagi dan menyebabkan anak tidak selesa apabila duduk di car seat tersebut. Oleh sebab itulah, kami memerlukan sebuah car seat yang baharu yang jauh lebih selesa dan selamat berbanding car seat terdahulu. Semoga ada rezeki untuk kami mendapatkan car seat ini. Berikut merupakan sebab-sebab lain kami tertarik dan memerlukan car seat Crolla Alpha ini: 1) Crolla Alpha sesuai sehingga berat anak mencapai 25kg. Tahap pertambahan berat anak tidaklah terlalu menaik setiap bulan. Jadi, sudah pastinya anak saya boleh menggunakan kerusi ini sehingga mencapai maksimum umur 7 tahun. Anak saya hanya mempunyai tahap ketinggian yang naik mencanak setiap bulan. Dengan ini, saya dan suami sangat memerlukan car seat yang mempunyai 'multi height adjustable headrest' memandangkan car seat lama anak saya tidak mempunyai keistimewaan ini. Ini menyebabkan kami memerlukan car seat Crolla Alpha ini demi keselamatan dan keselesaan anak semasa berada di dalam kenderaan. 2) Selain itu, Crolla Alpha ini melepasi piawaian kelulusan European Safety Standard ECE R44/04. Ini merupakan satu bonus utama yang kami cari untuk car seat anak kami supaya keselamatan anak kami lebih terjamin apabila menggunakan car seat ini memandangkan sebelum ini car seat anak kami tidak mempunyai kelulusan piawaian keselamatan. Semoga ada rezeki untuk anak kami. Terima kasih TAP, Berjaya Sompo & Crolla memberi peluang kepada kami dengan program istimewa bantuan car seat ini.
Baca lagi