ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum, hi TAP! Saya baru saje melahirkan seorang bayi yang comel & sihat (Alhamdulillah) pada 15/9 yang lalu. Saya juga masih dalam pantang. Saya begitu teruja ingin menyertai contest ini kerana Crolla merupakan antara brand yang menjadi wishlist saya jika saya berkemampuan membeli carseat. Saya amat memerlukan carseat by Crolla ini kerana saya telah menonton fb live tempoh hari dan ternyata carseat yang ditawarkan kepada pemenang ini mempunyai ciri ciri keselamatan yang luarbiasa berbanding carseat jenama lain. Cara pemasangan dan penggunaan carseat ini juga telah diterangkan secara sangat jelas. Apa yang menarik lagi, carseat by Crolla ini terdapat beberapa bahagian yang boleh dicabut dan dicuci, bahagian letak kepala juga boleh di adjust mengikut tinggi kanak kanak. Saya juga memerlukan carseat untuk bayi newborn saya yang berusia 22 hari kerana saya dapati harga carseat yang boleh digunapakai dari 0 months tidak lah murah. Namun menyedari betapa carseat amat penting untuk kanak kanak apatah lagi newborn yang baru lahir, masih fragile untuk dipegang atau dipangku oleh ibu, tinggi harapan saya untuk menjadi salah seorang pemenang carseat by Crolla ini. Carseat ini bakal memudahkan lagi urusan saya sebagai seorang surirumah untuk membawa bayi ke klinik (checkup bulanan) biarpun tidak ditemani oleh suami. Urusan diluar akan lebih mudah dan tidak perlu lagi saya runsing memikirkan bagaimana hendak keluar rumah bersama bayi newborn saya. Harapan saya supaya ibu ibu sedar betapa newborn juga penting untuk diletakkan di dalam carseat. Malang tidak berbau. Akhir sekali, semoga carseat ini memberi manfaat dan dapat mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan kanak kanak atau bayi.

Baca lagi