ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊 Pertama sekali, terima kasih buat pihak penganjur dan ahli TAP kerana buat kempen seperti ni. Ia sangat2 membantu ramai org di luar sana. Dan juga sangat membantu saya sekiranya saya berpeluang untuk dapat carseat ni. Saya ada seorang anak berumur 8 bulan. Saya pekerja swasta dan juga suami saya pekerja swasta. Waktu musim wabak covid ni agak terjejas kami punya pendapatan. Sampai sekarang belum sempat kami membeli carseat untuk my little precious. Bila ada carseat, mudah sikit untuk saya bawa baby untuk checkup dia di klinik. Sbbnya susah sikit bila suami kerja. Tkda sesiapa yg boleh tolong pegang baby. Terpaksalah suami minta cuti tanpa gaji. Baby 8 bulan ni agak lasak bila kita pegang dlm kereta tanpa carseat. Sangatlah bahaya dan mungkin boleh berlaku kemalangan kecil mcm terhantuk kepala, dan mungkin boleh mengganggu kita yg sedang drive. Bila adanya carseat ni mmg mudah dan sangat2 membantu lah saya serta semua ibubapa dekat luar tu. Dah lama pendam niat nk beli carseat colla ni sebenarnya. Tapi tengok harga tu, terpaksalah tunda sekejap. Crolla punya brand bagus. Sesuai untuk peringkat umur. Itu yg berminat sangat2. Terima kasih, THEASIANPARENT MALAYSIA BERJAYA SOMPO & CROLLA.

Baca lagi