ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum sya suri rumah sepenuh masa dan mempunyai anak berusia 2bulan ada masalah jantung ..suami kerja pengawal keselamatan dan anak terpaksa jumpa pakar dua minggu sekali .. sekiranya suami cuti untuk hantar anak jumpa pakar gaji akan dipotong jadi saya yang akan menghantar anak untuk jumpa pakar ..saya dan suami bersepakat untuk membeli carseat sekiranya ada rezeki tapi buat masa sekarang belum berkemampuan lagi ..andai ada rezeki dapat carseat saya bersyukur sangat sebab selama saya ke hospital untuk jumpa pakar saya meletak anak berbaring ditempat penumpang sebab anak belum pandai meniarap lagi cuma takot andai saya break mengejut anak akan terpelanting ..andai tiada peluang saya mendapat carseat percuma pun tolong doakan semoga saya dmurahkan rezeki dan dapat membeli carseat murah dan terpakai pun tak mengapa asal anak selamat ..terima kasih 😊

Baca lagi