ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai dan assalamualaikum. Saya seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak lelaki berumur 2 tahun 3 bulan dan adiknya perempuan berumur 9 bulan. Saya harap ada rezeki saya untuk menang carseat ini kerana saya amat memerlukan carseat ni untuk keselamatan dan keselesaan anak saya. Susah bagi saya untuk kawal kedua-dua anak saya apabila didalam kereta. Anak anak semakin membesar makin aktif dan tidak tahu duduk diam. Dan saya tahu bahaya nya anak tanpa carseat namun kami tidak mampu. walaupun suami kerap kali survey untuk belikan carseat namun saya tidak mahu membebankan suami saya dimana hanya dia saja bekerja untuk menyara kehidupan kami. Perbelanjaan kami cukup makan. Keutamaan saya biarlah perut anak cukup makan dan membesar dengan sihat. Saya bersyukur atas rezeki yang ada. Semoga ada rezeki untuk krluarga saya memenangi carseat ini. Terima kasih Sompo, Crolla dan theAsianParents! ❤️

Baca lagi