ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum, anak saya berumur 8 bulan. Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan suami seorang pekerja awam bergred 19 . Jika ada rezeki saya untuk memenangi giveaway ini, saya amat bersyukur kerana ianya sangat meringankan perbelanjaan keluarga kecil kami. Keselamatan si kecil kami pastinya terjaga dan lebih selamat dengan menggunakan carseat dari Berjaya Sompo & Crolla. Carseat di perlukan kerana kami selalu berulang-alik ke hospital untuk rawatan si kecil, ketika berbelanja dapur dan balik kampung dari perak ke kelantan jika dibenarkan merentas negeri. Terima kasih The Asian Parent atas kerjasama yang bermakna ini bersama Berjaya Sompo & Crolla. Jika saya terpilih amatlah saya hargai, jika tidak saya percaya The Asian Parent dan Berjaya Sompo & Crolla telah melakukan yang terbaik untuk komuniti TAP . ❤️

Baca lagi