ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai dan Assalamualaikum semua, pertama sekali sya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pnganjur dan terutamanya pihak crolla kerana menganjurkan pertandingan dan memberikan peluang kepada kami untuk mendapatkan secara percuma carseat crolla sekiranya terpilih dalam peraduan ini, Saya ingin memperkenalkan diri saya, saya ADNAN BIN MERRYTO dan isteri saya ANISAH BINTI TAJI kami baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 18/05/2021 yang lalu dan syukur kepada allah swt kami di kurniakan zuriat dan sekarang isteri saya sudah hamil dan kandungan sudah memasuki 4bulan, syukur alhamdulillah, apa yang saya ingin sampaikan sini adalah betapa berterima kasih dan rasa bersyukur bila dapat tahu ada pertandingan atau peraduan sebegini yang memberikan peluang kepada kami yang sudah ada cahaya mata dan menunggu cahaya mata seperti saya dan isteri supaya dapat merasa dan memeliki sendiri carseat untuk anak dan bakal anak apalagi jenama dari CROLLA itu sendiri, Saya sebenarnya berkerja sebagai e-hiling untuk menyara keluarga kecilku ini dan isteri saya pula sebagai surirumah sepenuh masa, semenjak pkp 2.0 saya tidak sudah berkerja di kedai yang saya sudah lama bekerja selama hampir 5tahun, harapan saya semoga kami berpeluang mendapat carseat dari CROLLA agar dapat meringankan sedikit sebanyak beban untuk keluarga kecilku ini dan sekiranya kami berpeluang mendapat carseat CROLLA ini adalah hadiah paling manis untuk bakal anak kami nanti, terima kasih pihak penganjur dan CROLLA, harap pihak penganjur dapat memilih saya dan isteri sebagai salah 1 pemenang dalam peraduan ini. kereta - proton saga flx tahun 2013

Baca lagi