Rasa annoyed dengan anak-anak buah husband, rasa mcm tak cukup disiplin
1 bulan sblm bersalin, sy pindah ikut husband (husband dpt kerja kat hometown dia.. so kami tinggal kat rumah family). Kat rumah family ni ada ibu mertua sy, adik ipar & isteri dia, pastu dorg ada 2 orang anak lelaki (4y & 2y). Lama2 sy stay kat sini sy rasa annoyed giler dgn anak dua orang ni. Normal ke rasa mcm ni eh? 😅😅 anak 4tahun ni suka panjat2, makan gelojoh sampai muntah2, kalau mak dia marah dia pasal something dia boleh ketawa2 lagi. Anak 2tahun ni pulak kuat berdrama, nangis macam kena dera & panas baran. Kalau dia tak dpt apa dia nak, memang menjerit mcm boleh dengar satu kampung seolah-olah ada org dera dia. Selagi dia tak dpt, selagi tu akan nangis meraung. Yang sy pelik, takkan la parents sendiri tak dpt control anak eh? Ni mcm melampau sangat.. Dari anak sy newborn sampai skrg anak sy dah 6 bulan, tak pernah lagi ada pengalaman boleh tinggalkan anak kat ruang tamu dgn aman sebab dah pernah beberapa kali anak buah yang 2 tahun tu pg pukul muka anak sy. Pelik ke sy rasa annoyed gila? 😅 kadang rasa mcm nak pukul je budak2 ni tapi bukan anak sy so tak boleh laa mcm tu