Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mak Azib
toilet train anak yang masih tak bercakap
Hai mommy. Anak sulung sy umur 2 tahun, boy dan masih belum boleh bina ayat macam "nak susu", "nak makan" tetapi dia faham dan boleh sebut perkataan macam "susu" etc. Sy bercadang nak toilet train dia. Dia tak pernah didiagnose "speech delay". Sebab utama adalah untuk mengurangkan belanja, since sy ada anak kecil umur 3 bulan. Dan sy rasa sudah masanya sy train anak sy untuk kencing/berak ditoilet. Mohon mommy yang ada pengalaman train anak yang masih belum boleh bercakap untuk share tips. Terima kasih.
Buasir boleh hilang ke ?
Baru ni, doktor arahkan saya ambil ubat iron tablet 2 biji. HB saya low. Sebabkan tu, najis sy keras dan sy jarang membuang. Makan betik sudah, minum air banyak pun sudah. Sy dah 36weeks. Bila saya nak wax kelmarin, baru sy perasan saya buasir. Tak banyak yang keluar, adalah besar macam kacang tanah. Sakit tu tak. Ada tak ibu² yang berpengalaman buasir masa hamil ? Boleh hilangkan ke lepas bersalin. Saya tak nak laa kena tanggung sakit ni kemudian hari.
Mummy manage masa macam mana ?
Saya tak lama lagi akan bersalin anak no.2. Anak first saya sekarang dalam fasa explore. Dia suka korek mata, korek hidung saya time tidur. Jadi, saya risau dia akan buat perkara sama pada adiknya. ? Boleh tak mummy yang ada pengalaman jaga anak sepenuh masa lebih dari sorang share jadual masa. tQ.
Puasa semasa mengandung.
Hai mommy, selamat berpuasa semua. ☺ Just nak minta mommy share. Apa yang mommy makan semasa sahur dan berbuka sepanjang bulan puasa semasa tempoh mengandung. Dua tahun lepas sy mengandung juga semasa puasa, tapi tak berjaya puasa full. Tahun ni sudah nekad untuk puasa full. Harap mommy boleh share. TQ. ?
Selsema, sakit tekak masa mengandung.
Siapa ibu yang ada pengalaman selsema, batuk dan sakit tekak masa mengandung. Dah dekat seminggu macam ni. Tak larat dah sy. Dah pergi clinic dan on antibiotic pun still sama. Tak selesa nak tidur dengan baby gerak aktif lagi. Boleh bagi petua cepat legakan batuk, selsema dan sakit tekak tak mommy.
Breast Pump
Ada sesiapa tak yang nak Let Go breast pump ? Sy mencari breast pump single/double.
Cirit-birit lepas tukar susu.
Anak sy 1y6m. Dia sembelit masa minum susu fernleaf, tapi jadi cirit lepas sy tukar susu Lactogrow yang ada prebiotik. Sebelum ni fully bf tapi sebab sy pregnant, susu pun kering. Normal ke ? Atau kena tukar susu lagi ?
theAsianparent dah jadi KRT ke ?
Lama dah tak buka apps ni, sekali buka banyak pula post luahan perasaan dari post pertanyaan tentang pregnancy or baby.
Benjolan di ketiak.
Sy dah 14weeks hamil, minggu lepas ada benjolan kecil muncul di ketiak kiri. Sakit dan menyukarkan pergerakan tangan kiri sy. Minggu ni, muncul pula di ketiak belah kanan. Tempat dan ukuran lebih kurang sama macam belah kiri. Ada tak ibu² yg ada pengalaman benjolan di ketiak masa hamil ?