toilet train anak yang masih tak bercakap

Hai mommy. Anak sulung sy umur 2 tahun, boy dan masih belum boleh bina ayat macam "nak susu", "nak makan" tetapi dia faham dan boleh sebut perkataan macam "susu" etc. Sy bercadang nak toilet train dia. Dia tak pernah didiagnose "speech delay". Sebab utama adalah untuk mengurangkan belanja, since sy ada anak kecil umur 3 bulan. Dan sy rasa sudah masanya sy train anak sy untuk kencing/berak ditoilet. Mohon mommy yang ada pengalaman train anak yang masih belum boleh bercakap untuk share tips. Terima kasih.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya train anak saya masa umur dia 1 tahun setengah, Sebab dia dah mula rasa rimas dan geli pakai Pampers, asal pakai je dia bukak , dia sanggup kencing kat lantai dari basahkan Pampers dia. hari2 dia boleh ajak kita bergaduh kalau nak pakai kan dia Pampers. Jadi 1st step saya buat saya terus simpan Pampers malam nak tidur je pakai. mula2 susah la jugak, boleh gila saya haha, sana sini kencing , sana sini berak. kita kena kuat dan ready mental kita. kena banyak bersabar dengan anak . jadi setiap dua jam saya akan suruh dia duduk potty. (Dan sengaja bagi dia minum banyak air) saya tunjuk video2 potty training for kids kat YouTube, siap upah sticker bagi setiap kencing/ berak. seminggu lepas tu dia dah pandai bagitau yang dia nak kencing dan berak. bila anak saya masuk je dua tahun malam saya stop kan pakai Pampers. sbb selama ni dia tidur Pampers kering je . Alhamdulillah dah tak pakai dah Pampers. kadang2 kena ikut keadaan anak masing2 jugak. sbb anak saya memang dah tak nak pakai. lain baby lain kerenah dia. awak kena tengok2 jugak anak awak betul ready ke belum. sebab semua baby lain2. awak boleh try satu atau dua hari tengok dia react macam mana. kalau dia stress ,stop kan dulu .. kasi dia cuti dulu... then cuba lagi. paling penting ialah mak2 kena sabar.... sbb potty training ni memang susah.

Baca lagi